Tuesday, 24 July 2012

Elza Raisya- Stranger..




R

uang tamu Mak Milah dipenuhi dengan ahli jemaah masjid. Aku duduk dipenjuru rumah bersama opah dan juga mak cik-mak cik kampung yang lain. Mata aku Cuma melihat SI DIA sahaja. Perasaan marah itu masih ada. Sumpah sakitnya hati ini. Namun malu pula bila fikirkan balik. Ah! Kejadah! Sudahlah fikirkan dia. Lebih baik aku tumpukan pada bacaan yasin aku. Nanti berdosa pula baca dengan tidak ikhlas. 

            Setelah majlis selesai, aku dan opah menolong Mak Milah basuh pinggan dan cawan. Nak bilang dengan tangan memang tidaklah. Mak Milah ajak hampir 3 kampung. Gilalah! Sekarang tangan aku dah kecut bagai. Opah pula cekap saja buat semua kerja. Usia tidak menjadi penghalang untuk dia bekerja. “Elza tolong opah angkat pinggan-pinggan ni. Menyemak saja kat sini,” Opah arahkan aku untuk mengalihkan pinggan yang sudah bersih dicuci itu. Aku menyusun pinggan-pinggan itu satu persatu untuk keringkannya. Tiba-tiba muncul makhluk Allah ni entah dari mana tolong aku membersih pinggan-pinggan ini semua.

            “Kalau nak keringkan pinggan janganlah tahu letak bertindih-tindih saja. Kenalah lap dengan kain bersih.” Kata-katanya agak menyakitkan hati! Suka-suka hati je cakap macam tu. Dia tidak nampak ke pinggan ni bukan sikit. Banyak ni, yang bekerja pun aku dan opah saja. Mak Milah dan anak-anaknya sedang berkemas kat bahagian atas rumah. Yang si dia ni duduk dekat sini kenapa?

            “Awak...”
            Panggailannya sangat mendayu. Meremamg bulu roma aku. Aku berpaling padanya. Ya Allah! kus semangat. Kenapa dengan matanya?

            “Minta maaf dengan saya! Nampak tak lebem di mata saya ni? Macam mana saya nak bekerja esok dengan mata macam ni? Awak tahu tak saya boleh saman awak atas cubaan mengambil kesempatan? So, if you don’t want any trouble...you can apologize to me, right now!”
             
            What the H***?? Kenapa dengan lelaki ini. Did he think that he is someone?  Dow, even you are a hunk man but please by looking at you handsome face it is better for me to looked at bulls***! Sekelip mata membuatkan aku teringat balik pada apa yang berlaku beberapa jam yang lalu...

            AAAHHH!
            “Tolong!” Aku menjerit sekuat hati. Ya Allah! Kau sahaja yang tahu perasaan aku saat itu. Aku merasakan sesuatu yang basah dan kasar menyentuh tangan aku. Wajah orang itu aku tidak Nampak lihat jelas. Namun cahaya yang samar-samar itu menunjukkan rambut keperangan. Ya Allah! perogol ke dia ni? Lain macam saja wajahnya.


            Sebaik dia mendengar aku menjerit dia menutup mulutku dengan tangannya. Satu langkah yang aku tidak sangka akan dia lakukan. Tuhan saja yang tahu aku sudah mula menggeletar. Aku memejam  mata aku dan memang aku tekad orang penyumbalewangan ni harus ditumpaskan. Aku mengumpul segala semangat yang ada untuk lakukan  ini. Tangan kananku dengan terdedah itu aku lepaskan pada lelaki itu. Sekalilah terkena pada mata dia, sumpah puas hati aku.

            “Mak Milah!” Aku berlari menuju pada Mak Milah yang berada di bawah khemah makanan. Mak Milah memandang aku dengan pandangan aneh. Aku rasa macam nak menangis. Aku tidak boleh tahan lagi tangisku lalu aku terhambur di dihadapan Mak Milah. Mak Milah yang terkejut dengan keadaan aku terus mendakapku.

            “Elza kenapa ni?” Penuh dengan perasaan keibuan Mak Milah menyoalku. Apabila aku mengangkat wajah aku ternampak Omar Zuhari. Dia memandangku dengan pandangan pelik. Ahh! Jangan endahkan dia. Sob..Sob...Tengah-tengan aku duk menangis dibahu Mak Milah datanglah lelaki itu!
            
“Mak Milah!” Aku menuding jari pada lelaki yang cuba “merogolku” tadi. Wajahnya menunjukkan keadaan yang sangat tidak bersalah. Geramnya aku! Mak Milah mengalih pandangan pada lelaki itu. Namun reaksinya jelas menunjukkan kehampaan pada wajahku!

            “Kenapa dengan dia Elza?” soal Mak Milah. Ya Allah! sakitnya hati! Dia berdiri disebelah Omar Zuhari. Malah Omar Zuhari siap berjabat tangan dengannya. “Mak Milah! Dia nilah yang cuba merogol Elza Mak Milah!” ucap jua aku. Namun tangisku tetap tidak dapat dihentikan. Mak Milah jelas menunjukkan wajah yang sangat terkejut. Mak Milah memandang aku dan dia silih berganti. Wajahnya jelas sangat terkejut.

            “Hoi, perempuan! Apa yang kau merepek ni? Aku nak rogol kau? Hoi! aku rasa kau dah salah faham dengan kejadian tadi. Aku nak ambil baldi tu jelah. Kebetulan kau pun nak ambil baldi tu aku tersentuh je pun tangan kau bukan aku nak rogol kau perempuan bodoh!” MasayAllah! Pucat tidak berdarah aku memandang wajahnya. I’m speechless! Tangisku berhenti dengan segera. Mak Milah pula memandangaku dan memandang sekeliling yang masih lagi tidak kelihatan para jemaahnya.

            “Maafkan Mak Milah Elza, tadi Mak Milah yang suruh si Darwish ni ambilkan baldi kat belakang pokok yu. Elza mengambil masa yang sangat lama untuk ambil baldi itu. Maafkan Mak Milah kalau Elza takut Mak Milah tidak berniat macam itu pun,” mendengar saja kata-kata Mak Milah rasa malu it uterus menyerbu ke muka. Ya Allah! Malunya aku! Sudahlah aku tuduh dia yang bukan-bukan. Ahh! Mana nak letak muka ni! MALU!!

            Lelaki yang dipanggil Darwish itu memandang aku! AHh! aku nak lari...MALU! SANGAT MALU!

            Ok fine! After remembered all what’s happened i guess i was kind of over reacted. Lamunan aku terhenti setelah Darwish memetik jarinya. Aku terperanjat! Sekali lagi aku memandang wajahnya..serta merta aku tertawa. Matanya yang lebam itu..TAK BOLEH BLAH AH!


                            
             hahaha! another korean character that i imaging for  Darwish Amar character! 







                                          inilah opah Elza Raisya! hehehe +__+

Elza Raisya- Memories!


S
etelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Mak Milah. Alah lai pun aku bukan pergi nak berjumpa dengan Omar Zuhari. Cuma nak pergi baca Yasin dan sembahyang hajat untuk Tiara sahaja. Namun aku terfikir-fikir juga macam mana dengan reaksi aku setelah berjumpa dengan si dia. Aku nak lupakan dengan apa yang berlaku selama ini. Sudah lama aku lupakan jadi boleh tak aku tahan perasaan aku selepas ini? Aku tidak mahu kelihatan lemah dimatanya. Hello this is Elza Raisya! Elza tidak akan sesekali cepat tunduk pada kaum Adam. Yosh!!
            Selepas mandi dengan air dari perigi rumah opah sejuknya sampai ke tulang sumsum. Ya Allah! Sejuknya. Menggigil seluruh badan. Opah yang melihat Cuma tergelak kecil. Opah yang tua itu tidak adalah sampai menggigil macam aku ni. Nampak sangat aku ni seorang yang lemah. Adoi...kantoi lemah depan opah. Aku Cuma mengenakan sepasang baju kurung kain cotton berbunga violet halus. Bau baju ini penuh dengan nostalgia. Baju kurung bonda. Nampaknya opah tidak bagi orang baju ini. Baju kurung ini adalah baju kurung kegemaran bonda.
           
            “BONDA!!BONDA!! Cantiklah baju bonda ni. Elza sukalah bonda,” bonda memandang aku dengan pandangan kasih sayang. Kasih sayangnya pada aku tidak berbelah bahagi. Aku dapat merasakan kehangatan kasih sayangnya itu. Sungguh hangat sampai mampu mencairkan segunung ketulan ais di kutub utara.
            “Kalau Elza suka bonda boleh bagi pada Elza. Tapi baju ni besarlah sayang. Nanti Elza besar bonda bagi pada Elza ok?” Bahagianya aku setelah mendengar kata-kata bonda. Tidak lama kemudian kedengaran pintu ditolak dari luar. Hahaha...Abah!
            “Abah! Abah tidak boleh masuk bilik ini kalau perempuan tengah bergosip. We are having girls talk.” Abah tergelak besarsetelah mendengar kata-kata aku. Aku hanya memandang abah dengan pandangan pelik. Salah ke?
            “Amboi, princess abah ni. Pandai bergosip pula. Tidak baik tahu bergosip. Berdosa besar, nanti masuk neraka,” ujar abah sambil menciut hidung aku. Aww...sakit tahu. “Kenapa pula masuk neraka abah? Elza tak cakap pasal yang buruk-buruk. Elza cakap baju bonda cantik. Kalau macam tu masuk neraka juga ke?” Apala abah ni. Aku bukan cakap yang buruk-buruk. Abah salah faham betul la..huhuhu..
            “La...tadi Elza cakap Elza bergosip dengan bonda. Setahu abah, orang bergosip ni semua cakap yang buruk-buruk mana ada cakap yang baik-baik.” hahaha...abah dan bonda sama-sama ketawa. Aku rasa seperti dibuli. Huhuhu...nak merajuklah kalau macam ni.
            “Alah-alah, anak bonda merajuk pulak. Bonda ciumkan?” Alamak bonda nak cium? Tak naklah. Tak macho la.
            “Haa...abah pun nak ciumlah..mari sini, abah dengan bonda nak cium ni,” Oh tidak! Lari! hahaha..kami lari bersama-sama. Bonda dan abah mengejar aku dari belakang. Macamlah mereka semua tidak tahu aku memang tidak suka dicium macam tu. Lebih baik aku pecut dahulu sebelum mereka dapat tangkap aku. Namun tidak sempat aku nak memecut abah dah dapat tangkap aku.
            “Hahaha! Abah dah dapat tangkap Elza. Bonda cepatlah kita sama-sama cium Elza!”
            “TIDAK!”

                         imagine-lah family Elza macam ni.. hehe =P



                AKU terasa sentuhan hangat di bahuku. Opah! Matanya sayu memandang aku. Aku tahu opah turut sedih kalau mengenangkan masa lalu. Air mataku menitis dengan laju tiba-tiba. Setiap kali aku mengenangkan masa lalu hati aku menjadi sangat pilu. Pedih sangat! Semuanya salah aku. Bonda dengan abah pasti masih hidup kalau aku tidak berperangai macam budak-budak.
            “Sudahlah Elza, Allah lebih sayangkan mereka. Kalau Elza selalu macam ni mereka tidak akan tenang. Sudah-sudahlah bawa mengucap. Kalau Elza sayangkan mereka sedekahkanlah Al-Fatihah ke Yasin ke. Air mata tidak boleh bagi apa-apa pada mereka.” Opah mendakap aku. Air mata semakin lebat mencuuri pipiku. Walaupun insiden itu telah lama berlaku tetapi semua itu berasa masih segar diingatan.
            “Sudah-sudah la menangis. Tak cantiklah cucu opah ni. Senyumlah sikit,” kata-kata opah berbekas juga walau sedikit. Ada berbaur lucu pada kata-kata opah. Aku mengankat kepala. Opah tolong sapukan air mataku. halus saja tangan tua opah menyentuh pipiku. Sebuah ciuman opah hadiahkan di dahiku.
            “Jom kita pergi. Dah lambat ni.”

            Perjalanan ke rumah Omar Zuhari aku rasakan sangat singkat. Sumpah malas gila aku nak masuk rumah ini. Namun apabila mengenagkan niat aku yang sebenarnya aku gagahkan jua kaki yang degil ini. Dari jauh aku sudah Nampak kelibat Tiara bersama-sama kakak dan abangnya. Dia sungguh ceria malam ini. Opah pergi ke dapur meninggalkan aku terkial-kial seorang di khemah makanan ini. Aku ke dapur untuk mencari kelibat opah, namun opah pula Nampak excited dapat jumpa rakan-rakan suraunya. Aku naik ke atas rumah dengan ucapan Bismillah bersertakan Assalamualaikum. Nampaknya orang masih tidak ramai namun ahli keluarga ini pula berkumpul di atas rumah ini. Ya Allah janggalnya.
            Aku tetap juga masuk ke dalam rumah. Kak Ina mendekati aku dan memelukku secara tiba-tiba. “Elza!! Ya Allah rindunya akak pada kamu.” Kak Ina menarik tanganku dan bawa aku masuk ke dalam ruang keluarga. Subhanallah! Tepat lagi benar tekaan aku. DIA berada disitu. Pandangan matanya memandang tepat ke dalam mataku. Jantungku bagaikan mahu luruh. Ternyata aku masih belum bersedia menemui darinya. Omar Zuhari bangkit bari sofa dan menuju ke arah aku. Ya Tuhan! Kuatkanlah hatiku.
            “Hai Elza, lama tidak balik ke tanahair dah putih pula nampaknya.” Omar Zuhari memulakan bicara. Ucapannya penuh dengan sindiran. Aku tahu kau tidak suka pada aku, tapi janganlah obvious sangat.
            “Assalamualaikum...terima kasih atas pujian itu. Saya memang suka kalau ada orang cakap saya putih tapi bukan ke saya memang putih sejak dahulu lagi. Bukan nak memuji diri sendiri namun semua itu memang kenyataan.” Yes! Ambik kau. Nak lawan ya? Marilah. kau ingat aku akan tunduk pada kau. Wajah Omar Zuhari berubah serta merta. Hahaha..
            Kak Ina berasa kurang senang terus saja menyampuk. Takut juga majlis tidak jadi sebab aku bergaduh dengan Omar Zuhari dekat sini. “Hei, kamu berdua ni. Memang tidak boleh duduk dekat pasti ada saja yang nak digaduhkan. Yang kamu nak bertekak dengan Elza ni kenapa Omar? Bukan kamu ke yang nak sangat jumpa Elza sejak dia balik. Alih-alih gaduh pula.” Wajah Omar Zuhari berubah. Merah saja nampaknya. Hahaha...kantoi memang kau rindukan aku. Namun maaflah aku langsung tidak rindukan kau. Benci lagi adalah!
            Omar Zuhari terus berlalu. Wajahnya merah menyingga. Kak Ina hanya menggelengkan kepala. “Maafkan dia Elza. Dia memang macam tu bukan Elza tidak tahu. Perangai dia memang macam tu kalau nak bercakap baik dengan orang. Alih-alih orang pula yang menyampah dengan dia.”
            Ada benarnya juga kata Kak Ina buat apalah aku layan dia yang ‘sewel’ tu. Baik aku tolong orang dalam rumah ni kalau-kalau ada yang dapat aku tolong. Kak Ina dan aku berlalu ke dapur. Opah dan Mak Milah kelihatan sangat sibuk. Aku cuma menolong mak cik- mak cik dekat sini potong buah tembikai sahaja. Selebihnya kaum Adam yang tolong angkat barang-barang yang berat. Kelibat Omar Zuhari langsung tidak kelihatan nampak sangat budak malas.
            “Elza! Tolong mak cik ambilkan baldi dekat luar tu. Sebelum itu tuang dahulu air kotor itu.” laung Mak Milah dari atas rumah. Aku laksanakan kehendaknya. Apabila aku keluar baldi yang dikehendaki itu langsung tidak kelihatan. Nanar juga aku mencarinya. Akhirnya aku menjumpainya berhampiran dengan pokok pisang. Hiuh! Seram juga dekat situ. sudahlah gelap, jauh pula tu. Ahh! Apalah nak takut. Bukannya ada apa dekat situ. Dengan beraninya aku menuju ke arah pokok pisang itu.
            Huih! Bapaklah seram. Baru sahaja aku nak membongkok mengambil baldi itu, laju sahaja tangan yang ‘lagi satu’ itu menyentuh tangan aku. AAAAAAHHHH!!!! 


                                        haa..inilah Omar Zuhari (bayanganku..hehe) =3

Elza Raisya - I'm home!


                Sumpah kawasan kampung adalah tempat yang terbaik untuk menengkan fikiran. Ayam dan itik belakang rumah opah kerkokok dan juga menguek. Semuanya comel-comel. Anak ayam dan itik berebut-rebut makanan. Pohon-pohon bergoyang ditiup bayu. Sungai yang mengalir mengikut arus. Umm...nyamannya! Pokok rambutan yang lebat dengan buah menarik perhatianku. Sungguh mengiurkan. Suatu masa dahulu aku selalu panjat pokok rambutan itu. Abah dengan bonda Cuma menyaksikan gelagatku. Humm... Mengenangkan masa lalu Cuma membuatkan hati ini pilu. Sakit mengenangkannya.
            “ Elza!”
Suara nyaring itu menarik perhatianku. Namun tanpa memandang sekali pun aku dah tahu empunya suara itu. Derap tapaknya kedengaran semakin mendekat. Namun aku hanya membatu.
            “ Elza! Isk budak bertuah ni. Kenapalah tak datang rumah Mak Milah? Lama Mak Milah tunggu Elza datang tau. Tu ha... Omar selalu bertanyakan Elza bila Elza nak datang rumah,” Isk Mak Milah ni. Datang-datang je terus bercakap pasal anak kebanggaannya itu. Omar Zuhari sebaris nama yang tidak mungkin akan aku lupakan. Tidak sesekali! Namun disebabkan beberapa isu suatu masa dahulu membuatkan aku tawar hati dengannya.
            “ Alah Mak Milah ni. Elza baru saja balik. Nak rehat-rehat dulu kat rumah opah ni. Opah pun ada juga suruh jalan-jalan dekat kawasan kampung ni. Tapi macam tulah. Bak kata orang baru mendarat ni  kena ‘jet leg’ jadi Mak Milah lain kalilah saya pergi menjenguk rumah Mak Milah ya?” Mulut Mak Milah memuncung. Aduhai panjangnya muncung wanita comel ni. Haha... Ya Allah! sayang sungguh aku dengan wanita ini. Lindungilah dia dari sebarang musibah.
            “ Elza ni banyak saja alasan. Hum... Mak Milah tidak kira. Malam ni Elza kena juga datang. Malam ni Mak Milah buat baca Yasin dengan sembahyang hajat di rumah. Si Tiara tu nak STPM tidak lama lagi. Jadi nak buat la juga untuk dia. Semua Abang-abang dan kakak-kakak dia Mak Milah buat takkanlah dia sorang Mak Milah tak buat.”
            “Oh, kalau macam tu boleh juga. Dah lama tidak pergi majlis macam tu.”
            “Haa...Bagus sangatlah kalau macam tu. Malam ni selepas maghrib tau. Bagi tahu opah sekali. Mak Malih pergi dululah ye. Dah lambat ni...Assalamualaikum,” setelah aku mengucup tangannya wanita genit itu berlalu dengan lajunya. Bak lipas kudung pula. Hahaha...Mak Milah sangat baik orangnya.
            Mengenangkan anaknya itu, Omar Zuhari Ya Allah...Sakitnya hati ni. Nak bagi tahu sebabnya pun tiada gunanya lagi. Buat apalah kita bercakap buruk tentang orang itu. Tambah dosa adalah. Humm...tengah hari lagi ni. Nak buat apa ya? Lebih baik aku pusing-pusing rumah opah ni. Manalah tahu terjumpa harta karun ke apa. Haha..
            Wah! Ada ulam rajalah kat belakangrumah opah. Oh My God! I have to take these. Tengah-tengah bukan main syok la aku petik ulam raja ni.
            “HEH!”
            Satu sergahan yang powerlah opah bagi. Nak tercabut jantung aku ni. Opah cuma tersengih saja melihat aku. Aku menunjukkan ulam yang aku petik pada opah. Wajah opah segera berubah. Sekali lagi tindakan yang tidak aku jangka dan sekalilah singgah kat kepala aku.
            POW!!
            “ Elza apalah yang kau buat ni! Kenapa ambil banyak sangat? Siapa nak makan ni? Kau tahu tak perbuatan kau ni telah menyebabkan kekurangan oksigen dalam dunia ni? MasyaAllah budak ni...belajar tinggi-tinggi otak tak mahu guna.” Opah membebel tanpa sempat aku menyelah. Siot! garang gila opah sekarang. Haha...aku melihat pula sayur yang dipegang opah. Opah baru balik dari pasar nampaknya. Haa...nilah peluang aku untuk kenakan opah balik.
            “Alah opah ni, Elza petik Elza lah yang makan. Haa...yang opah tu beli sayur sawi banyak-banyak tu buat apa? Siapa nak makan? Kan opah dah kurangkan oksigen ni. Isk..opah..opah..” Nah! Kenakan opah adalah perkara yang terbaik pernah aku lakukan. Hahaha...
            “Sekurang-kurangnya opah makan habis. Yang Elza petik tu sampai gondol pokoknya buat apa. Hum...nasiblah kamu pokok kena petik dengan orang macam ni. Sudah-sudahlah. Mari masuk dalam. Tolong opah masak.”
            “Eh, opah! Lupa pula Elza nak bagi tahu. Tadi Mak Milah datang. Katanya malam ni ada baca Yasin dengan sembahyang hajat di rumahnya,”
            Opah termenung seketika. “Hah! Boleh juga...” Opah terus berlalu masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Aku sebenarnya masih lagi ragu-ragu. Betul ke tindakan aku untuk pergi ke rumah Mak Milah a.k.a rumah Omar Zuhari? Hum...dengan izin Allah mungkin aku pergi...


                      
                                                            ELZA RAISYA =)


Tuesday, 10 July 2012

assalamualaikum and hey ya'll!
this is my officially blog untuk buat novel aje..ecehhh! haha
btw..sit back and enjoy the reading!