Saturday, 11 August 2012

Elza Raisya- New Advanture !


M
ata aku tidak lepas dari memandang Xung Lili dan Xing Lulu, mereka sangat comel! Ahhh! Kalaulah aku ada adik. aku memandang pula Darwish yang sedang mengikat tali kasutnya. Aku memerhatikan jari jemarinya yang sangat runcing itu. Jarinya pula berbentuk gelas dan sangat bersih. Dia mengenakan kemeja berbelang biru dan bersama blazer kelabunya. Hum..kacak! ahak =D

Hari ini aku akan mulakan kerja sebagai salah satu ahli dalam syarikat Darwish. Err, itulah katanya. Semalam Darwish cakap aku akan mulakan kerja di syarikat tempat kerjanya. Aku teragak-agak pada mulanya. Tapi yelah kan. Aku Cuma menumpang dirumahnya. Lambat laun aku kena pindah juga dari sini. Sangat tidak eloklahkan anak dara duduk sebumbung dengan lelaki walaupun ditemani adik-adiknya.




Darwish memandang aku dengan pandangan kosong. Kemudian dia memandang penampilan aku. Er, kenapa ea? “kau nak ke pejabat dengan pakai macam tu ke?” 

Ternganga mulut aku saat dia berkata serbegitu. Teruk sangat ke penampilah aku? Aku memandang baju kurung berlatarkan hitam dan berbunga merah darah. Apa lagi yang kurang? Darwish memandang jam ditangannya. Sambil mengeluh, “kita hantar kembar dulu.” Oic! Tu je yang dia nak kata? Aku melepaskan pandangan kosong padanya tiada emosi yang dapat aku gambarkan saat ini. Pusss~~apalah dia ni!

Aku mengambil tempat duduk dihadapan. Xung Lili dan Xing Lulu berbual dalam bahasanya. Yang sangatlah aku tak faham. Namun aku hanya tersenyum. Mereka sangat comel Xing Lulu ke sekolah dengan memakai pakaian seragam lelaki aku agak terkejut jugalah pagi tadi aku memandangnya dari atas kebawah. Haha. Bila teringat balik peristiwa pagi tadi rasa malu kembali menerjah aku. Sangat malu sampai aku tidak mahu menunjukkan wajahku pada Darwish.

Peristiwa pagi tadi-

Aku termenung memandang pakaian yang berada di atas katil yang aku padankan antara satu sama lain.  Semuanya Nampak hambar dan sangat tidak sesuai. Semua baju kurung ini aku gunakan semasa belajar di Cambridge dulu. 5 tahun aku hanya memakai pakaian yang sama walaupun duit yang opah kirimkan boleh dikatakan lebih dari cukup untuk membeli baju baru. Namun aku sedar aku orang susah dan aku tak mahu susahkan opah. 

Akhirnya aku memilih baju kurung berlatarkan hitam dan berbunga merah darah. aku mula langkah untuk memakai baju. Lalu aku buka kain tuala yang tergantung di tubuhku dari tadi. Tiba-tiba pintu di buka dari luar. 

Perlahan-lahan aku memandang kearah pintu. Muka aku pucat tidak berdarah. Seorang lelaki sedang memandang aku dari atas ke bawah. Tubuh ku menggigil dan kakiku kebas. Waktu seakan-akan terhenti. 

AHHHHHHHHH!!

Jeritan aku telah menggegarkan seluruh warga dalam rumah ini. Lelaki tersebut menghampiri aku. Aku mencapai semula kain tuala yang jatuh ke lantai dah mencapai buku-buku di atas meja lalu ku baling kearahnya sambil menjerit. Dia berundur ke belakang dan dia cuba untuk berkata-kata namun aku menjerit-jerit dan dia terus keluar. namun lelaki seperti itu aku tidak boleh lepaskan begitu sahaja.

            Aku berlari keluar dari bilik tiba-tiba, aku terlanggar sesusuk tubuh yang tegap. Aku hampir tersembam namun tanganku diraih semula oleh seseorang. aku berada dalam dakapan dia. Agak lama. Perlahan-lahan aku mengangkat kepalaku untuk memandang ‘orang’ ini. Masih lagi! Pucat tidak berdarah aku memandang lelaki ini. Dalam keadaan aku yang separuh bogel...aku didakap oleh DIA! Darwish!

            Aku terdengar seseorang ketawa berbahak-bahak dibelakang Darwish. Hampir pitam aku dibuatnya. Baru aku sedar orang yang aku nak kejar itu rupanya Xing Lulu. Xung Lili hanya tersenyum simpul memandang aku. Aku menolak keras tubuh Darwish dan masuk bilik aku. Lalu aku menghempas pintu! Aku bersandar dibelakang pintu dengan debaran. Ahhh! Malunya! Wajah aku berasa panas serta merta. Macam mana aku nak berdepan dengan mereka? Ahh!

            Tubuh aku tiba-tiba terdorong ke hadapan. Jantung aku rasa macam nak tercabut pun ada. Aku memandang kearah kananku dengan wajah yang tidak puas hati. Darwish hanya menjongketkan bahu sambil mulutnya menjuih kearah hadapan. Oh, rupa-rupanya kita sudah sampai dihadapan sekolah kembar. Si kembar bersalaman dengan Darwish dan menghadiahkan satu ciuman dipipi Darwish. Mereka turut bersalaman denganku. Kami memerhatikan mereka turun dari kereta dan Darwish sempat memesan kepada mereka agar belajar betul-betul. Aku hanya tersenyum. Mereka berlari anak memasuki ke dalam kawasan sekolah. 

            Suasana diantara aku dan Darwish tiba-tiba bertukar menjadi boring. Darwish hanya memandu kereta dengan kelajuan serdahana dan aku hanya memandang ke luar tanpa bersuara. Masalahnya aku tidak tahu nak memulakan bicara. Tiba-tiba telefon bimbit Darwish berdering dan minta diangkat. Darwish menjawab panggilan tersebut dan aku hanya memandang kearah luar tingkap melayani perasaan. Fikiranku melayang jauh pada orang yang aku rindui. Opah! Opah sihat? Apa yang opah buat sekarang ni ya..? opah tahu tak yang Elza rindu opah. 

            Fikiranku Cuma terkenangkan opah..rindu? ya sangat rindu. Namun ini kehendah opah. Kenapa aku harus terasa dengan opah? Padahal apalah sangat yang opah suruh..suruh kerja je pon. Agh! Apa aku dah buat ni! 

            Darwish memberhentikan keretanya apabila lampu trafik bertukar warna merah. Kemudian dia menggagau dalam dashboard di hadapanku. Aku hanya melihat gelagatnya dengan hairan. Apa sahajalah yang dicarinya. Kemuadian Darwish menarik keluar sebuah dairi dan membelek sebentar. Apabila lampu trafik bertukar warna hijau. Dengan selamba dia membaling dairi tu di atas pehaku. Aku memandangnya dengan hairan. 

            “Syarikat Gemilang baru sahaja call. We’ve got the project!” wajah Darwish begitu teruja sekali. Bibirnya tidak lepas dari tersenyum-senyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. Alahai...comel la pulak! “So..your job start now!” demi mendengar kata-kata Darwish itu aku tersentap. EHHH??



         
               Dia mengalih pandangannya pada jam tangan dan mengalih pandangan apa aku sambil tersenyum girang. “And it start...NOW!”
           


Elza Raisya- Start a new Life!


S
uasana dalam kerata yang sunyi membuatkan fikiran aku rimas. Rimas hati, otak, badan dan juga paling penting rimas mata tengok orang disebelah aku ini, Darwish! Aku mengalihkan pandangan daripadanya dan memandang ke arah luar. Darahku rasa macam sedang menggelegak sekarang ini. Aku tahu bukan salah Darwish datang menjemput aku dirumah opah petang tadi tapi, kan lebih baik kalau dia langsung tak datang. Tidak perlulah aku kena ikut dia ke KL dan aku tak perlulah jadi benci pada dia! Ahh! dan aku pula ni apa kes? Kenapa rasa benci sangat kat Darwish? Bukannya mamat ni ada buat apa-apa yang menyakitkan hati aku pun..humm,  entahlah. Dah perasaan kata benci, bencilahkan, walaupun orang itu tidak bersalah. Buruk betul perangai aku ni.


                              ( bosannyerrrr.....)

 Perjalanan kami mungkin mengambil masa yang agak lama memandangkan ‘lelaki’ sebelah aku ni bawak kereta macam kura-kura sembelit! Ya Allah! Bawak la laju sikit dia nak aku mati kebosanan  dalam kereta ni ke?

            Aku menggagau mencari butang untuk on-kan radio. Aku dapat rasakan 1 butang yang kecil, aku tak tahu apa fungsi butang itu tetapi kalau aku tekan aku tahu lah kan...dengan bacaan Bismillah aku tekan butang itu. Tut!

            Huh? Tak ada apa-apa fungsi pun...hum..nak tekan apa lagi ya? Tiba-tiba aku dapat merasakan suatu aura yang kuat datang dari sebelahku. Suatu aura membunuh! Perlahan-lahan aku mengangkat kepala memandang ‘aura’ itu. Argsafirullah! Terkejut berok aku! Apa kes buat muka macam tu? Lampu yang neon yang menerangi lebuh raya ini menunjukkan aku satu jembalang manusia yang sedang buat muka seperti sedang tahan sembelit. Apa kes la mamat sorang ni. Tiba-tiba dia menepis tangan aku dari menyentuh radio ‘buruknya’. 

            “Excuse me, kau nak buat apa dengan radio aku ni?”

            Eh! Amboi, marah le pulak brader ni... “Aku nak buka radio ni tapi tak tahu mana satu nak ditekan pulasnya. Tolong buka radio ni boleh tak? Sunyilah...” Hehe..demanding la pulakan...

            Darwish buka radio. Tiba-tiba satu bunyi yang nyaring pulak yang terkeluar. Darwish dengan gopoh menekan satu butang yang aku tak tahu yang mana satu sebab aku memekup telingaku. Nyaring kot! Jadi tangan aku membataskan penglihatanku. Kemudian suasana menjadi stabil semula dengan lagu berkumandang di corong radio. Eh...agaknya sebab aku tekan butang pelik tu kot masa nak buka radio tadi. Pfft!

            Suasana antara aku dan Darwish kembali sunyi dan membosankan. Hanya lagu sahaja yang menjadi peneman kami. Tapi lagu ni pulak macam menambahkan lagi sebak dan sunyi yang mencekam jiwa. Fikiranku melayang pada opah. Baru 1 jam aku berpisah dengan opah rasa macam dah 1 minggu pula. Apa yang aku fikirkan sekarang ialah..kata-kata aku yang agak keterlaluan petang tadi... “Elza akan terima semua alasan opah...walaupun opah tidak jujur.”


I came home and nothing was right,
It's been a while since a fight,
Well, maybe tonight my need for love,
Can blind my sight,
And I say things out of spite,
Or I push you aside,
No, I don't know how to fix it,
I am falling apart and I am breaking your heart,
Help me to see,
'Cause I am blinded by love, blinded by love,
And help me to be the one to guide us,
Through the dark things we do,
Now I know I can be tough sometimes,
My words come out like knives,
Cutting the space between us,
And you try, yeah, I know you try,
To just let things slide,
But what good is that to us?
Oh, oh, I don't know,
I am falling apart and I am breaking your heart,

                Opah...maafkan Elza! Elza sedar... Elza melampau...Elza membantah cakap opah...Elza cucu yang derhaka...Elza anak derhaka!

                Tanpa aku sedari ‘mutiara’ jernih mengalir. Setitik demi setitik. Aku cuba menahan esakan agar tidak di dengari  Darwish. Pedihnya hati setelah melakukan kesilapan pada orang yang kita sayang.  Setelah tahu diri sendiri yang melakukan kesilapan barulah kita sedar nak meminta maaf itu amatlah payah...

                “Weh..”

                errr...apa ni..jangan kacaulah...

                “Hoi!”

                Bengong! Blah la!

                “Elza...”

                Huh?!

                Mataku terbuka dengan laju. Aku memandang empunya diri yang memanggil aku sebentar tadi.  Jantung tiba-tiba berdegup dengan laju. Laju yang teramat sangat bahkah rasa lebih laju dari panahan kilat. Ok,mungkin tak adalah selaju seperti panahan kilat tetapi cukup laju sehingga aku bisa dimasukkan ke wad ICU...Darwish, such a gentle voice. He called my name!!

                “Woi! Bangunlah kita sudah sampai ni,” Or is that was just my imagination? Puff...Terhapus bayangan Darwish yang  bersikap hampir baik tadi. Aku keluar dari kereta dan memandang rumah yang berdiri megah dihadapanku. Ok, ini bukanlah rumah banglo tapi rumah teres semi D  1 tingkat. Hum...agak megahlah sebab rumah ini di hias cantik. Walaupun sudah malam namun kawasan yg tak seberapa luas ini dihiasi dengan lampu hiasan yang sangat cantik. Mata aku terpikat dengan kawasan rumah ini. EEKKK! Wait the minute!

                “Hum..cantiklah rumah ini. Aku akan duduk kat rumah ini ke? Amboi, kau bior betoi...” Ehem..anyway pertanyaan aku Cuma untuk kepastian sahaja tak ada maksud lain. Darwish memandang aku dengan pandangan kosong.  Keluhan halus dilepaskan olehnya.

                “Selamat datang ke teratak usang aku ini. Ini rumah aku dan kau akan tinggal disini bersama aku!”

                WTH!! Get real! Si dara dan si bujang 1 bumbung? Amboi kau Darwish nak melawak perpada-padalah kan...wajah aku sekarang mungkin sudah tidak berdarah sekarang. Macam mana kalau kena tangkap dengan JAWI nanti? Hey..gila..gila..kerja gila ni. Apa yang opah fikirkan bagi aku tinggal kat rumah ni bersama Darwish?

                Pfft!!

               Huh?

                Bahahahaha!!

                Woi kau ingat aku tak terkejut ke? Gila lah mamat ni. Darwish tiba-tiba ketawa berbahak-bahak. Dia ketawa bagai nak rak. Bergema kawasan perumahan ini. Wajah aku yang tidak berdarah dah jadi semakin tidak berdarah. Histeria ke mamat cina ni? Gila!



                Aku bagaikan patung tak bernyawa ketika itu. Darwish ketawa tanpa henti apa bila tawanya hampir reda dia akan kembali ketawa bagaikan orang tidak betul. Aku terkaku! Tiba-tiba pintu rumah dibuka dari dalam. Dua orang perempuan yang sangat seiras keluar dari rumah dengan tergopoh gopah. Mereka mendekati Darwish dan memeluk lelaki yang hampir gila itu. Aku masih lagi berada dalam keadaan bingung. Ketawa Darwish beransur-ansur reda. Aku bagaikan kucing yang menunggu makanan disiapkan melihat mereka semua ketawa. perempuan yang baru keluar dari rumah tadi pun turut ketawa.

                “Ehem..maaf,aku tak sengaja. Aku perkenalkan ini Xing Lulu dan ini Xung Lili. Mereka berdua adalah adik kembar aku. Mereka tinggal bersama aku. Mereka sekarang tingkatan 5 waktu pagi mereka tidak akan ada di rumah tapi faham-fahamlahkan waktu petang mereka akan terpacak kat dalam rumah ni. Jadi kau tak perlu takut sebab mereka juga ada di rumah ini.” Si kembar memperkenalkan diri padaku.Merka agak malu-malu sewaktu memperkenalkan diri mereka.  Aku tidak tahu pula Darwish mempunyai 2 orang adik. Kembar pula tu. Mereka kelihatan seperti budak baik.

                Aku berasa sangat lega mengenangkan aku akan hidup bersama adik-adik Darwish yang comel ini. Xung Lili kelihatan sangat manis namun berbeza dengan Xing  Lulu, Xing Lulu kelihatan agak brutal dengan potongan rambut yang agak pelik namun masih lagi kelihatan sangat comel. But they are so sweet...Mereka membantu aku memunggah bagasi dari bonet kereta. Aku bagai dapat bayangkan hari-hari aku menatap budak berdua ini. Sejuk mata aku...


                               Introducing..Fan Xing Lulu...cool huh. =3

                    Introducing...Fan Xung Lili...cute hu..B)


                “Fuh, aku ingatkan kau betul-betul tinggal kat sini rupanya adik-adik kau saja.” Aku menyuarakan kelegaan didada. Fuhh...

                “Eh...memanglah aku pun tinggal disini. Ini rumah aku tak akanlah aku nak duduk merempat kat tepi jalan. Bukan aku dah bagi tahu ke tadi bahawa mereka tinggal bersama aku. So, mulai sekarang rumah aku peraturan aku. Opah sudah arahkan pada aku agar aku menjaga dan aku dijaga oleh kamu,” Lebar sahaja senyuman Darwish ketika dia mengatakan ‘aku menjaga dan dijaga oleh kamu’ Wehhh...maksud dia aku akan menjaga dia dan dia akan menjaga aku? ( Pfft..macamlah pembaca tak faham apa kau tulis Nieyna..)


                WTH?? Seriously? Apa ke jadah...Ni bukan perkara boleh dibuat main ni! Apa permainan yang sedang opah dan Darwish mainkan sekarang? Deraan jenis apa yang akan aku hadapi? Damn! Dalam otak aku sedang memainkan tayangan harrow movies, tanyangan cerita Indonesia yang selalu dibuli oleh orang atasan. Apakah aku juga akan mengalami nasib yang sama seperti Cinderella-cinderella tiruan Indonesia @ Malaysia? Opah!!! 


                    (sakit kepala memikirkan permainan bodoh ini.... :( )




Elza Raisya- I am not stupid and please don't let me go!


A
ku tarik nafas dalam-dalam. Kali ini perkara semakin serius. Opah langsung tidak kedengaran seperti sedang bergurau. Rasa nak menangis? Mestilah...aku rasa macam nak meraung saja kat situ biar opah dengar...tapi aku pasti opah mesti ada alasannya sendiri. Aku berlalu meninggalkan mereka dengan berhati-hati. Tatkala aku sedang berjalan. Aku terlanggar bahu seseorang. Aku langsung tidak berpaling mahupun memohon maaf. Bagi aku semua itu tiada gunanya lagi kerana aku akan tinggalkan kampung ini tidak lama lagi.

            “Excuse me  miss...?” Seorang lelaki berdiri dibelakang aku sambil menunjukan bahunya yang baru tak sampai 10 saat aku langgar tadi. AHhh! yelah aku minta maaf lagi pun memang salah aku.

            “My sincerely apologize...did you hurt anywhere?” Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia terkejut. Dia seperti mahu berkata sesuatu namun suaranya bagai terkunci. Huh...aku pun tak ada mood nak berborak dengan siapa-siapa sekarang. Lebih baik aku blah..

            “I’m sorry miss, can you speak English?”

            “Yes i do...can i help you?”

            “Huh..i just thought that this village is full of stupid people. But you girl, interesting..!” OMG!! Angkuhnya? Siapa dia ni?Apa hak dia nak cakap macam tu pada penduduk kampung kat sini? Tidak boleh jadi ni...baiklah pertahankan penduduk! Pertahankan penduduk kampung!

            “Thank you...but not every villagers here are ‘stupid’ as you think.”

            “Huh, yeah right! But that Tun Rashdan’s daughter is stupid although she is the riches girl in this village don’t you think, and...and the best part is she don’t know how to speak English! Stupid girl...” tersentak aku mendengar ungkapannya itu. Isk! Biadap gila la ‘mamat kononnya saya orang putih’ ni!

“Hey you mister! Shut up! Don’t get cocky! Ooo..Kau ingat kau bagus sangatlah ya? Eh! Kalau bahasa melayu kau pun tak lepas lagi kau jangan nak berlagaklah!” ‘Ehem’ seorang lelaki yang melintasi kami berdehem. Ops..kuat sangat ke aku cakap? Beberapa orang dibawah khemah turut memandang ke arah kami.

            “Huh! Hey girl...you are the one who suppose to shut your damn mouth! Shut it before anything bad happen. Huh! Budak kampung!” Ya Allah! Sabar sajalah. Kurang ajar betul berlagak mengalahkan orang putih. Padahal dia muka macam melayu tulin je. BUdak macam ni memang patut di ajar!

            “Encik Mael, Tun Rashdan jemput encik ke dalam.” Seorang lelaki yang berumur dalam linkungan 40-an datang menjemput lelaki angkuh ini yang di panggil Encik Mael. Mael? Mael?? Hahahaha! Ooo..nama melayu rupanya ingatkan nama pun dia dah tukar nama orang seberang. Haha! Hilarious..Aku tersenyum sinis ke arahnya.

            “My name is Mike by the way..” Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman.

            “Yes i know already Mael...by the way i don’t shake hand with Typical Malay man who thinks he is Englishman..” Nah ambil kau! Tulah sombong sangat. Dia merengus dan terus berlalu kearah Tun Rashdan yang sedang berbual bersama beberapa orang lelaki. Dari jauh aku dapat lihat dia bersalaman masih lagi dengan lagak angkuhnya dan dia bergambar bersama. Hati aku terdetik seketika. Air liur yang aku telan tiba-tiba rasa kesat. OMG! Adakah dia bakal menantu Tun Rashdan?




                Ismael 'Mike' Ibrahim..Maaf kpd peminat Aril..pinjam dia sekejap ea.. 3:)



  S
ebaik sahaja pulang daripada rumah Tun Rashdan aku hanya mendiamkan diri. Aku langsung tidak berbicara dengan opah. Sebenarnya banyak yang sedang aku fikirkan sekarang ini. Aku fikirkan opah yang tiba-tiba mahu aku tinggalkan dia dan juga Mael tadi yang merupakan bakal menantu Tun Rashdan. Aku takut kalau dia memberitahu Tun Rashdan yang aku ini seorang yang biadap dan juga tidak mengenang budi lagipula aku tidak berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih padanya tadi aku Cuma sempat berbual dengan isterinya sahaja itu pun isterinya seperti tidak tahu apa-apa.

            Apa nak jadi dengan aku ni? I’m a failure! Aku melepaskan keluhan yang berat. Aku memandang suasana rumah opah dengan perasaan berbaur. Dinding yang berlubang berdekatan dengan almari TV, dinding yang nipis yang dimakan anai-anai. Amatlah daif, tapi inilah rumah aku. Aku membesar di sini setelah abah dan bonda meninggal dunia mereka hanya meninggalkan opah dan rumah ini sahaja untuk aku berlindung. Aku bersyukur! Opah mesti ada alasannya tersendiri kenapa dia mahu aku tinggalkan kampung ini dan juga meninggalkan dirinya.

            Sedang jauh aku termenung aku terdengar bunyi kereta sedang masuk ke perkarangan rumah. Aku melihat di luar melalui tingkap. Darwish sedang berdiri di sisi keretanya sambil menggaru kepalanya yang tidak kelihatan seperti gatal. Aku tahu kenapa dia ke sini.

            Opah muncul dari dapur. Wajahnya tampak sangat sedih. Aku tahu dia lakukan semua ini kerana ada sesuatu yang berlaku. Mungkin opah tidak mampu untuk menjaga aku lagi. Kerana kita miskin dan aku juga masih lagi mengangur. Tapi opah sendiri yang cakap pada aku agar tidak mencari kerja terlalu awal kerana aku baru pulang ke tanahair. Tapi kenapa? Why opah wanted to send me away?



         


   “Elza..tolong dengar apa yang opah nak cakap.” aku memandang opah terus ke dalam matanya. I need an explanations. “Opah mahu Elza pergi ke Kota besar untuk bekerja dengan Darwish. Bukan opah menghalau Elza keluar dari rumah ini. Tapi ini untuk masa hadapan Elza. Kalau Elza lama-lama di sini Elza mungkin akan bazirkan segala yang Elza belajar di sana dahulu. Opah mahu jiwa Elza turut berkembang di sana, di KL.”

            Opah berhenti berkata-kata dan dia menundukkan wajahnya. Somehow I feel that Opah words are only words that wanted to blind me from something. Opah tidak ikhlas dalam berkata-kata. Matanya juga melilau apabila bercakap denganku. Opah , apa yang opah sembunyikan dari Elza...

            “Elza, opah sayangkan Elza. Opah mahukan yang terbaik buat Elza. Opah..”

            “Elza faham opah..opah tak perlu terangkan pada Elza. Maafkan Elza andai kata Elza telah banyak menyusahkan opah. Elza akan terima semua alasan opah...walaupun opah tidak jujur.” Aku berhenti berbicara. Sebak memikirkan kenapa opah sanggup berpisah dengan aku. Aku baru sahaja pulang. Rindu pada opah masih lagi menebal. Tapi ada betul juga apa yang opah cakapkan itu. Tak kan aku nak bazilkan apa yang aku ada sekarang ini kan? Menitis air mata opah...aku tahu kata-kataku agak kejam. Tapi hati ku sakit.

            “Opah rasa..dah tak ada apa-apa yang kita nak bincangkan. Darwish sudah tunggu kat bawah. Pergilah bersiap.”

            Opah tinggalkan aku termanggu-manggu seorangan di ruang tamu yang sunyi ini. Suasana sunyi mencengkam ulu hati ku. Kenangan sewaktu aku membesar di rumah ini bermain-main di kotak fikiranku sepeti tanyangan filem. Nafas bagaikan terhenti seketika. Aku buntu. Aku menekan dadaku yang sakit bagaikan di robek dari dalam. Air hangat mengalir dari mata membasahi pipi ini. Aku mendengar esakanku sendiri...




                        
              



Elza Raisya- Begone!

B
angun pagi adalah perkara yang aku rasakan teramat sangatlah aku tidak suka! Kerana! Kerana...Kerana!! Aku nak kadhor balik tidur aku yang tertunggak semasa menghadapi final exam. Boleh katakan aku Cuma tidur 1 jam 30 minit 1 hari. Yang itu kira bertuahlah dapat tidur. Kalau hari yang tidak membenarkan tubuh ini baring atas katil? Memang hampir merenglah aku masa itu. Namun sekarang aku free! Yahoo!
            “Elza! Hei budak bertuah. Matahari dah tegak atas kepala kamu tu kamu masih tak sedar ke? Sudah-sudahlah tidur. Malulah opah tengok anak dara macam kamu ni. Opah dulu tak adalah malas macam kamu. Suduh-subuh lagi opah dah bangun bekerja tau. Ni kamu...membuta lagi. Semalam buat apa? Onlinelah tu...”

            Ambik kau! Peluru berpandu opah. Kan  dah kena tu. Tulah nak sangat kadhar balik tidur konon. Hello dah hampir 2 minggu aku balik tapi macam tulah...malas sebenarnya! Dengan malasnya aku mengesot turun daripada katil. Tapak kaki masih lagi sakit sebab terpijak paku 2 hari yang lalu. Opah ada suruh aku ke klinik untuk membuat rawatan kaki namun aku fikir juga. Nanti mahal nak bayar kos ubat kalau aku pergi saja dah melayang RM50 yang boleh makan untuk seminggu.
            Jadi aku buat tidak endah sahaja luka pada kaki aku ni. Aku mengambil tuala yang tergantung pada pintu almari dan menuju ke bilik mandi. Yakni yang berada di luar rumah.

            “Elza! Ooo..Elza!”

            Aku memdengar seseorang memanggil ku dari luar. Macam kenal saja empunya suara itu.

            “Sekejap! Nak mandi dulu!” Aku melaung dari luar.

            Selesai mandi aku terus menuju ke bilik. Aku mengenakan sepasang baju kurung cotton putih berbunga halus warna merah jambu. Rambut pula aku Cuma mengenakan skaf pink. Sudah lama skaf ini berjasa padaku. Mak Milah sudah tunggu di luar bersama opah. Mereka kelihatan rancak berbual. Tiara (anak bongsu Mak Milah) turut ada bersama. Dengan gopoh aku turun tangga.

            “Amboi si dara ni...baru mandi?” Mak Milah menabur sindiran pada aku. Amboi Mak Milah ni. Relex ar. Aku hanya tersengeh. Kami semua berjalan kaki menuju ke rumah Tun Rashdan. Anak perempuannya yang sama umur dengan Tiara bakal mengikat hubungan pertunangan dengan seorang jejaka pilihan keluarga. Dalam kampung ini keluarga Tun Rashdanlah yang paling kaya. Opah cakap keluarga dialah yang telah tanggung segala perbelanjaan aku semasa aku belajar dahulu. Namun aku tidak berkesempatan untuk berterima kasih padanya Kerana sudah 5 tahun aku tidak pulang ke kampung sebab masalah kewangan.

            “Kak Elza tahu tak tunang Emilia tu pun belajar kat luar Negara. Kalau tak silap Tia lahkan Emilia cakap kat University of Harvard. Wah, jealous sangat Tia kawan Tia yang sorang tu dapat tunang macam tu. Tapi tak hairanlah sangatkan dengan status family dia tu tak mustahil...”

            “Hei Tia ni...nak tunang jugak ke? Cakaplah dengan mak...Mak Milah...!!” upp..Tiara menutup mulutku dengan spontan..haha..tahu takut. Mak Milah berpaling ke arah kami. Aku dan Tiara Cuma tersengeh macam kambing..hahaha.

            Humm..bila difikirkan balik hebat jugak anak Tun Rashdan ni ya. Dapat tunang yang berpelajaran macam itu. Setahu aku ramai juga perempuan kat kampung ini yang kahwin pada usia yang sangat muda. Aku terfikir. Adakah aku akan jadi seperti itu andai kalau aku tidak mendapat tawaran sambung belajar? Ahh..Kenangan lalu menjengah minda. Aku memandang lenggok badan Mak Milah dari belakang. Rasa kesian pula pada wanita itu. 6 tahun yang lalu agak kecoh jugalah keadaan Mak Milah dan sekeluarga. Semuanya sebab aku. Aku pernah dituduh perempuan bodoh oleh Mak Milah. Dan perkataan “BODOH” juga adalah perkataan yang sangat sensitif buatku.


            18 Mac – 6 tahun yang lalu..


            “Elza kau memang tak guna! Penghancur keluarga orang! Kau sama saja dengan mak kau! Perempuan BODOH!”

            Jeritan Mak Milah mengegarkan rumah usangnya. Aku terkedu dan takut. Sungguh aku sangat takut. Mata Mak Milah menyingga. Aku memandang Omar Zuhari dia hanya diam. Namun aku dapat lihat dari matanya dia sangat takut dan rasa sangat bersalah. ‘Omar..bertahanlah. Demi cinta kita..’ aku berkata dalam hati. Aku juga berharap agar dia dapat dengar apa yang aku harap dia akan dengar iaitu kata hatiku.
            Sayang aku pada dirinya sudah menjadi gunung. Terlalu tinggi dan agung. Setelah tamat SPM Omar Zuhari dengan cerianya bertemu denganku dibawah pokok buah berangan berdekatan dengan sawah padi. Disitulah tempat kami berbincang menganai masa depan kerja, tunang, kahwin, anak, dan mati.

            “Mak...Omar nak kahwin dengan...”

            PANG!
            Jantung ku bagaikan berhenti seketika. Semua ahli keluarga terpampan. Omar bagaikan patung yang hanya melihat kaku dan tidak mampu berbuat apa. Darah mengalir di bibirku. Dan waktu itu juga opah dan Tiara datang. Mereka termegah-megah dihadapan pintu. Air mataku mengalir perlahan-lahan. Opah datang memelukku. Hangat pelukannya. Aku dapat mendengar degupan jantung opah yang laju.

            “Sudah-sudah lah..mereka budak-budak lagi. Kita bincanglah elok-elok tak mahulah kita bergaduh sebab benda macam ni.”

            “Kak Zah! Nak bincang pasal apa lagi? Mereka ni memang patut diajar. Terutamanya budak ni hah!” Kepala aku pula yang dijadikan bahan untuk Mak Milah tunjal dengan jarinya. Air mata ni macam tak menjadi kesan langsung pada pandangan Mak Milah. Omar Zuhari tidak berkata apa-apa, dia hanya menundukkan kepalanya dari tadi. Say something Omar! Protect me like you have promise!

            “Hey! Apa ni Milah...janganlah ditunjal kepala budak ni. Masalah ni bukan Elza seorang kalau bukan ada orang yang ajak dia bertindak macam inikan? Omar...cakap pada opah apa yang kamu berdua fikirkan semasa mengambil tindakan seperti ini?”

            Omar Zuhari  tetap juga membisu. Dia hanya menundukkan kepalanya. Perasaanku bagai dicucuk pedang. Sakitnya hati ini. Sampai hati Omar Zuhari!

            “Kami saling mencintai! Kami nak kahwin dan ada hubungan yang sah disisi islam...kami tak mahu melakukan dosa!” Aku bersuara setelah lama berdiam. Sakit hati ini melihat Omar Zuhari seperti member i reaksi yang terkejut. Aku tahu dia takut, namun mana perginya keberaniannnya sebelum ini? Dulu bukan main dia meyakinkan aku betapa dia akan berdepan dengan keluarganya terutamanya Mak Milah.

            Setelah mendengar kata-kataku Mak Milah bagai dirasuk hantu dia mengamuk dan mengambil pasu bunga yang terletak berhampiran dengannya lalu melempar ke arahku tetapi tersasar dan terkena dinding rumah itu. Mata yang penuh kebencian itu memandang aku dengan perasaan berkongkol marah!

            “Kepala otak kau betina! Mana kau belajar ayat-ayat yang tak masuk akal ni? Cinta? Cinta?? Cinta apa cinta ni? Kau jangan nak buat lawak!”

            “Elza..cakap kat opah..jujur Elza...Elza dah pernah...”

            Aku menutup mulut opah. Aku tahu apa yang ingin disoalnya. Aku menggeleng laju. Kenapa opah ni? Opah tak percayakan aku? Sampai hati..

            “Elza masih ingat Tuhan opah! Elza tidak akan pernah buat perkara terkutuk itu!”

            Opah melepaskan keluhan. Dia mendakap aku. Aku memandang Omar Zuhari..ya aku dah faham sekarang. Aku dah Nampak! Kau memang tak berguna Omar! Kau mainkan aku! Aku tak akan pernah maafkan kau! Aku bangun! Dengan seluruh kekuatan aku kumpul aku berdoa kepada yang Maha Esa kuatkan semangatku!

            “Omar Zuhari! Sekarang aku sudah Nampak dan faham...terima kasih untuk segalanya. Aku hargai setiap pertolongan kau. Baru aku faham, kau sebenarnya langsung tidak mencintai aku, saya memohon maaf Mak Milah. Kedatangan saya ke sini adalah satu kesilapan yang terbesar pernah saya lakukan. Saya terlalu melihat pada masa hadapan yang saya sendiri impikan iaitu untuk hidup berumah tangga bersama Omar. Tetapi melihat Omar yang langsung tidak pernah mencuba untuk lindungi saya, baru saya rasa adakah saya dipermainkan? Namun, saya tahu derhaka melawan cakap ibu yang telah melahirkan kita. Saya terlalu cintakan Omar dan saya juga tidak mahu Omar derhaka pada Mak Milah. Omar..terima kasih kerana telah banyak membantu aku terutamanya dalam pelajaran.. Kita Berjaya tempuhi SPM bersama namun aku rasakan untuk hidup bersama adalah mustahil...dan yang paling penting kita masih muda. Saya minta diri dulu Mak Milah..”

            Aku terus saja berlalu dengan linangan air mata. Impianku hancur berkecai. Aku sangat mencintai Omar Zuhari. Namun melihat dirinya yang tidak pernah mencuba untuk melindungi aku membuatkan aku marah! Dia juga yang beria-ia mengajak aku kerumahnya untuk bercakap dengan ibunya. Namun dia tidak pernah bagi tahu pada aku bahawa Mak Milah tidak pernah sukakan aku. Sampai hati!

            Sejak dari pada itu aku selalu mengelak daripada bertemu dengannya. Aku pulangkan semua hadiah yang pernah dia bagi padaku. Aku tidak mahu menyimpan kenangan yang pernah aku cipta bersamanya dahulu. Namun makin lama aku mengelak makin itu juga dia mendekati aku. Sehinggalah sampai saat keputusan SPM keluar. Aku Berjaya memperolehi 11 A+ dan dia hanya mendapat 3 A-...jarak yang sangat berbeza, padahal kami selalu belajar bersama. Omar rasa tertipu dengan keputusan peperiksaanku lalu dia mengeluarkan kata-kata kesat padaku...
            “Perempuan tak guna..”
           

            LAMUNANKU terhenti disitu saat kaki aku sudah berada di hadapan rumah Tun Rashdan. Suasana dirumah itu sangat meriah walaupun ianya hanya majlis pertunangan. Aku dan Tiara bersalaman dengan isteri Tun Rashdan, Engku Wahidah. Aku mengucapkan terima kasih padanya kerana telah menampung berbelanjaan aku sewaktu aku belajar dahulu tetapi reaksinya kelihatan seperti tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu. Humm..mungkin Tun Rashda tidak memberitahu pada wanita itu..tetapi buat apa pula dia sembunyikan perkara ini dari pengetahuan isterinya walhal isterinya ini kelihatan baik sahaja. Wanita itu sangat bergaya, berbaju kurung Pahang bersama rantai tongkol yang bergantungan dilehernya serta gelang yang hampir ke pangkal lengan namun dia sangat baik dan ramah.

 Dia menjemput kami untuk berjumpa bersama Emilia lagipula Engku Wahidah sudah kenal dengan Tiara kerana kerap kali juga Tiara bertandang ke rumah ini untuk belajar bersama Emilia. Waktu itu Emilia baru sahaja siap didandan. Wah...cantik sangat! Aku membiarkan mereka Tiara berbual dengan sahabatnya dan aku turun dari rumah untuk mencari kelibat opah dan Mak Milah. Aku meninjau-ninjau di bawah khemah makan untuk perempuan namun tak Nampak pula.

Aku meninjau juga dalam dapur tidak juga kelihatan kelibatnya. Aku hampir sahaja berputus asa tetapi ternampak pula opah bersama seorang wanita yang sebaya dengannya. Mereka kelihatan rancak berbuaal. Ah..nak mahulah ganggu. Aku terdengar seseorang memanggil aku, apabila aku pandang kelihatan Tiara melambai-lambai dari tingkap atas rumah. Ceria saja wajahnya..humm..naik semula.

            Apabila aku masuk kedalam bilik Emilia aaku tersenyum melihat Emilia yang tersenyum memandangku. Aku menemani Tiara dan Emilia berbual. Tertanya-tanya juga aku. Emilia ni tak ada kawan lain keselain Tiara? Tidak Nampak pun kelibat diorang? hum..diam sajalah.

            Setengah jam berlalu...pihak lelaki pun sampai. Emilia kelihatan pucat walaupun wajahnya ditutupi make up yang tebal. Setelah upacara berlangsung. Aku mendengar upacara balas membalas pantun. Masing-masing tidak mahu kalah dengan membalas oantun. Semangat berkobar-kobar. Akhirnya Tun Rashdan mengalah setelah dicuit oleh isterinya. Nasib baik! Kalau tidak tak bertunanglah Emilia.  

            Aku berada di bahagian belakang. Aku meninggalkan majlis setelah bakal mertua Emilia menyarungkan cincin pada jari manisnya. Aku menyelinap keluar daripada pintu belakang. Aku terpandang opah dan seorang lelaki berdiri pada kereta yang macam aku kenal. Tetapi dimana ya? Opah kelihatan rancak berbual. Amboi opah..jumpa boyfriend Nampak. Aku ke sana untuk mengejukkan opah...Aku menyelinap dah menyorok dibelakang kereta.Hehe...jagalah..

            “Opah nak Darwish bawa Elza pergi dari kampung ini...”

            APA?! Jantungku bagai terhenti...apa maksud opah?!
                
                                          
                                    Apa maksud opah??


Elza Raisya- His Story..


G
oyang  kaki sambil  makan ais krim atas gerai rumah opah dengan diri yang ditiup bayu. Humm..nyamannya! Opah sedang sapu sampah di belakang rumah. Aku pula baru sahaja selesai kemas atas rumah dan juga sapu sampah dibahagian hadapan rumah. Aku ada menghulurkan bantuan pada opah tetapi nampaknya dia nak lakukan sendiri. Aku Cuma melayan perasaan bersahaja sambil menikmati juadah ais krim ni.
Cuma beberapa saat aku nak terlelap tiba-tiba ada sebuah kereta Honda Accord terdampar dihadapan rumah opah. Amboi orang ni. Agak-agaklah nak berhenti mengejut sekali pun. Boleh gugur jantung aku. Aku cuba memerhatikan siapakan gerangan makhluk yang baru keluar dari kereta itu. Alamak! Aku kenallah makhluk tu. Dia menuju ke arah aku.
            “Assalamualaikum...Opah ada di rumah tak?” Darwish bertanya! Aku agak terkejutlah memandang keadaannya yang sangat kemas dan segak itu. Petang-petang macam ni pakai baju macam tu mesti baru balik kerja ni. Fulamak! Handsome  la pulak. Boleh jatuh hati aku. Sudahlah wajahya ala-ala mat korea gitu. Hum...agaknya dia ni keturunan cina kut. Matanya agak sepetlah namun mempunyai lesung pipit yang tidak berapa dalam pun tetapi kalau bercakap boleh la Nampak sikit-sikit lesung pipit tu. rambut pula tersisir rapi macam  nerd pulak..hahaha
            “Hello! Anybody home?” Darwish melambai tangannya pada wajah ku. Adeh! berlari lintang pukang lamunanku. “Opah ada kat belakang tu. Apahal cari opah?”ujar ku setelah melapaskan keluhan. Dia memandang jam seketika kemudian itu dia ke belakang rumah seperti yang aku katakan. Tapi agak biadaplahkan tidak menjawab persoalan ku. Ahh! Pedulikan. Sambung menikmati ais krim aku yang enak ini.  Yumm!
            Setelah aku selesai menikmati ais kream aku ini. Aku menuju ke belakang rumah. Pada masa itu aku ternampak opah dan Darwish sedang membincangkan sesuatu. Nampak macam serius. Opah berkata sesuatu namun tidak dapat aku dengar memandangkan jarak aku dan mereka agak jauh dan mereka bercakap bagaikan berbisik. Aku ingin mendengar perbualan itu dengan lebih jelas ,namun... Alamak! Silap langkah la pulak. Aku terpijak paku mana tak meraungnya aku. Dan kerana raungan aku juga perbualan mereka terhenti.
            Opah dengan segera datang pada aku. Air mata mula meleleh sebab sakitnya pijak paku karat ni! Aduhh!! “Opah! sakit..huaa...hua..”aku mengaduh kesakitan. Aku boleh Nampak darah yang meleleh dari tapak kaki aku. Mata aku yang kabur ini tidak bisa Nampak  apa yang opah sedang lakukan. Namun tapak kaki aku berasa sejuk secara tiba-tiba.
            “Sudah-sudah la menangis Elza. Malu dek orang saja. Darwish! Tolong pegang balutan ni sekejap opah nak naik atas ambil ubat.” Darwish dengan lambat-lambat saja menuju ke arah aku. Dengan takut-takut dia menyentuh kaki aku yang berdarah ini. Hello man! Aku tahulah kaki aku ni kotor berdarah busuk! Ahh!! sentuhla kaki aku ni elok-elok. Berdarah lagikan baru tahu!
            Matanya memandang aku! Tajam sekali. Apahal dengan mamat ni? Tak puas hati apa lagi? Namun apabila aku melihat matanya aku rasa macam nak tergelak pula. Bekas lebam dimatanya masih belum hilang walaupun sudah hampir seminggu peristiwa itu berlalu. warna coklat dibawah matanya masih lagi kelihatan. Tidak tahan aku melihatnya akhirnya tersembur jua tawa yang aku tahan! khahaha! Apabila kaki aku tergerak sedikit rasa sakitnya kaki datang menyerang!
            “Adoi! Pegang la betul-betul kaki ni.” tersembur marah aku. Hah kau tulah cari pasal sangat dengan aku. Kan dah kena. Dengan tiba-tiba sahaja kaki aku rasa sakit pula. Apa lagi tidak menunggu masa meraunglah aku! WAAAHHH!!
            “Duduk diam-diam boleh tak? memang you jenis macam ni ke? Sudahlah kasar , liar, biadap pulak tu. Memang perempuan yang baru balik dari overseas macam ni ke? Sudah tiada sifat ketimuran itu. Not to mention that you are also lazy! Sitting around and eating your ice-cream while your granny was cleaning around the house. What kind of woman are you?”

            WTFish?!

            “Hei lelaki! Apa masalah kau huh? Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku?”
Nah kau! Tersembur lagi marah aku. Nak lagi buatlah aku marah. Kau ingat aku apa? Aku terdengar Darwish merengus. Aku tahu dia marah aku sebab aku tertumbuk dia pada tempoh hari. Tapi nak buat macam manakan, aku sudah minta maaf. So, just forgive and forget-lah.
            “Ok,fine. Sorry aku tiba-tiba termarah kau. Aku bukan sengaja. Marah aku dari office terbawa-bawa pada kau pula. Maaf...” Amboi, senangnya! Aku hempok kepala kau kan baru tahu. Tapi aku tak buatlah. Pecah kepala dia aku juga yang susah nanti. Aku hairan melihat perubahan pada sikapnya. Macam perempuan pula mood boleh berubah-ubah.
            “Humm...tak apalah. Memandangkan aku ni baik, aku maafkan kau.” Secalit senyuman terlukis diwajahnya. Alahai...dalamlah pula dimple dia. Comel...kyaa~ ~
            “Ehem...anyway. Ada apa kau jumpa opah ni? korang ni macam rapat je. Kau bakal jadi datuk aku ea?hahaha,” Bodoh! lawaklah aku ni. Haha! Wajah Darwish jelas berubah serta merta.Dengan perasaan marah yang dipendam Darwish menekan tapak kaki aku dengan lebih kuat.

            AWWW!!

            “Sakitlah! Apa ni. Agak-agaklah..”
            "Kau tu! Agak-agaklah nak melawak pun..."
            “Apa yang kecoh-kecoh sangat ni? Ya Allah...sabar sajalah dengan kamu berdua ni. Sudahlah tu. hum.. Darwish tolong opah papah minah ni kat atas. Opah nak letak ubat ni.”
            Bagaikan belatuk Darwish menurut kata-kata opah. Dia membantu opah memapah aku masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Dan aku sengaja menekan bahunya. hahaha..supaya lebih beratlah. Saja sekali sekala aku kenakan dia. Haha...namun aku menerima counter attack tidak sampai sesaat. Kaki aku yang terpijak paku dengan sendirinya tersepak tangga kat dapur. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Aku menjeritlah, apa lagi. Tapi tak adalah menjerit kuat sangat pun cukup sekadar rumah opah ini bergeger sajalah. But fine! i deserve it! Allah nak balas.  And then Darwish start to laugh at me. But just a glance of smile. Opah pula tergelak sambil menggelengkan kepala.
            Opah arahkan Darwish untuk dudukkan aku atas katil usang dalam bilik yang aku selalu beradu ini. Oh..malunya. First time aku bagi lelaki masuk bilik aku. Opah bersihkan tapak kaki aku dengan air suam. Opah basahkan tuala kecil dan lap pada permukaan kaki aku. Ohh!! Pedih siot! Tahan-tahan. Sedang-sedang opah bersihkan tapak kaki aku Darwish menerima satu panggilan. Haha! Apalah dia ni ringtone iPhone dia lagu theme Angry Birds. Perh! Terbaik dari ladanglah Darwish! Dia tersenyum kambing dan mengambil panggilan itu di luar bilik.
            Tidak lama kemudian dia menjengulkan kepalanya dari luar. “Opah, saya balik dululah ya, ada beberapa urusan yang saya nak selesaikan di office.” opah senyum. “Bawak kereta baik-baik tau. Jangan ikutkan sangat nafsu muda nak merempit dengan kereta tu.” Darwish bersalaman dengan opah dan terus berlalu. Aku memandang opah dengan seribu satu makna.
            “Kenapa Elza pandang opah macam tu?”
            “Ehem, opah Elza nak Tanya ni. Kenapa opah baik sangat dengan Darwish? Malah Mak Milah pun baik juga dengan dia. Siapa dia tu? Elza tak pernah kenal pun...”
            Opah letak ubat pada tapak kaki aku dan membalut kaki aku dengan kain batik yang  sudah luntur warnanya. “Dia tu cucu angkat opah. Opah yang jaga dia sejak ibu bapanya meninggal. Waktu itu Elza baru 3 hari berangkat ke Cambridge, opah dapati ibu dia, kawan baik bonda Elza meninggal dunia. Jadi opah pun pergilah melawat.”
            Opah merenung jauh sebelum menyambung cerita yang aku dapati menarik itu. “Semasa opah pergi opah Nampak Darwish duduk dipenjuru dinding sambil memeluk lututnya. Opah belas melihat keadaannya. Memang waktu itu dia sudah besar namun kehilangan mummy dia adalah satu kehilangan yang besar buatnya.” melopong aku! Apa ibunya sudah tiada? Habis tu apa pula kena mengena dengan opah dalam situasi tersebut? 


          
                   Broken heart Darwish semasa kematian orang tersayang..="(         
              
            Opah  mengesat air mata yang mengalir dengan hujung lengan baju kurungnya. Aku mengesot mendekati opah dah memeluk bahunya. “Paling opah kesal adalah semasa daddy dia buat hal pada hari pengkebumian ibunya. Bapanya bawa balik perempuan simpanannya waktu itu. Darwish hampir bertikaman dengan daddynya namun opah dan keluarganya halang perbuatannya itu. Opah kesiankan dia. Kemudiaan opah cakap pada dia. Bersabarlah...tiba-tiba dia memandang opah dan katanya...tolong bantu dia...opah pun bantu dia dengan bantuan Mak Milah. Alhamdulillah...sekarang dia seorang muslim. Dan dia sangat taat pada suruhan-Nya..”
            Aku terpaku mendengar cerita opah. Mulut tak payah Tanya berapa meter ternganga. Tidak sangka, lelaki yang wajah kacak dan wajah bersih itu pernah mengharungi hidup yang perit. Darwish...kita mengalami nasib yang hampir sama. Aku pula kehilangan ibu bapa kerana sikapku yang tidak memahami. Dan sekarang aku membesar tanpa kasih sayang daripada mereka. Tetapi aku bertuah kerana aku mempunyai opah yang selalu berkorban untukku.
             Aku memandang opah. 'Opah...thank you for always stay by my side and support me. I love you, opah. I'm so lucky and thankful to Allah for giving me such a wonderful and kind hearted grandma..'



                   
                                         
                      Elza turut bersimpati... =[



                        
                                                                            

                      Opah menceritakan kisah Darwish pada Elza.. Emo la pulak opah ni.. =)