Saturday, 11 August 2012

Elza Raisya- New Advanture !


M
ata aku tidak lepas dari memandang Xung Lili dan Xing Lulu, mereka sangat comel! Ahhh! Kalaulah aku ada adik. aku memandang pula Darwish yang sedang mengikat tali kasutnya. Aku memerhatikan jari jemarinya yang sangat runcing itu. Jarinya pula berbentuk gelas dan sangat bersih. Dia mengenakan kemeja berbelang biru dan bersama blazer kelabunya. Hum..kacak! ahak =D

Hari ini aku akan mulakan kerja sebagai salah satu ahli dalam syarikat Darwish. Err, itulah katanya. Semalam Darwish cakap aku akan mulakan kerja di syarikat tempat kerjanya. Aku teragak-agak pada mulanya. Tapi yelah kan. Aku Cuma menumpang dirumahnya. Lambat laun aku kena pindah juga dari sini. Sangat tidak eloklahkan anak dara duduk sebumbung dengan lelaki walaupun ditemani adik-adiknya.




Darwish memandang aku dengan pandangan kosong. Kemudian dia memandang penampilan aku. Er, kenapa ea? “kau nak ke pejabat dengan pakai macam tu ke?” 

Ternganga mulut aku saat dia berkata serbegitu. Teruk sangat ke penampilah aku? Aku memandang baju kurung berlatarkan hitam dan berbunga merah darah. Apa lagi yang kurang? Darwish memandang jam ditangannya. Sambil mengeluh, “kita hantar kembar dulu.” Oic! Tu je yang dia nak kata? Aku melepaskan pandangan kosong padanya tiada emosi yang dapat aku gambarkan saat ini. Pusss~~apalah dia ni!

Aku mengambil tempat duduk dihadapan. Xung Lili dan Xing Lulu berbual dalam bahasanya. Yang sangatlah aku tak faham. Namun aku hanya tersenyum. Mereka sangat comel Xing Lulu ke sekolah dengan memakai pakaian seragam lelaki aku agak terkejut jugalah pagi tadi aku memandangnya dari atas kebawah. Haha. Bila teringat balik peristiwa pagi tadi rasa malu kembali menerjah aku. Sangat malu sampai aku tidak mahu menunjukkan wajahku pada Darwish.

Peristiwa pagi tadi-

Aku termenung memandang pakaian yang berada di atas katil yang aku padankan antara satu sama lain.  Semuanya Nampak hambar dan sangat tidak sesuai. Semua baju kurung ini aku gunakan semasa belajar di Cambridge dulu. 5 tahun aku hanya memakai pakaian yang sama walaupun duit yang opah kirimkan boleh dikatakan lebih dari cukup untuk membeli baju baru. Namun aku sedar aku orang susah dan aku tak mahu susahkan opah. 

Akhirnya aku memilih baju kurung berlatarkan hitam dan berbunga merah darah. aku mula langkah untuk memakai baju. Lalu aku buka kain tuala yang tergantung di tubuhku dari tadi. Tiba-tiba pintu di buka dari luar. 

Perlahan-lahan aku memandang kearah pintu. Muka aku pucat tidak berdarah. Seorang lelaki sedang memandang aku dari atas ke bawah. Tubuh ku menggigil dan kakiku kebas. Waktu seakan-akan terhenti. 

AHHHHHHHHH!!

Jeritan aku telah menggegarkan seluruh warga dalam rumah ini. Lelaki tersebut menghampiri aku. Aku mencapai semula kain tuala yang jatuh ke lantai dah mencapai buku-buku di atas meja lalu ku baling kearahnya sambil menjerit. Dia berundur ke belakang dan dia cuba untuk berkata-kata namun aku menjerit-jerit dan dia terus keluar. namun lelaki seperti itu aku tidak boleh lepaskan begitu sahaja.

            Aku berlari keluar dari bilik tiba-tiba, aku terlanggar sesusuk tubuh yang tegap. Aku hampir tersembam namun tanganku diraih semula oleh seseorang. aku berada dalam dakapan dia. Agak lama. Perlahan-lahan aku mengangkat kepalaku untuk memandang ‘orang’ ini. Masih lagi! Pucat tidak berdarah aku memandang lelaki ini. Dalam keadaan aku yang separuh bogel...aku didakap oleh DIA! Darwish!

            Aku terdengar seseorang ketawa berbahak-bahak dibelakang Darwish. Hampir pitam aku dibuatnya. Baru aku sedar orang yang aku nak kejar itu rupanya Xing Lulu. Xung Lili hanya tersenyum simpul memandang aku. Aku menolak keras tubuh Darwish dan masuk bilik aku. Lalu aku menghempas pintu! Aku bersandar dibelakang pintu dengan debaran. Ahhh! Malunya! Wajah aku berasa panas serta merta. Macam mana aku nak berdepan dengan mereka? Ahh!

            Tubuh aku tiba-tiba terdorong ke hadapan. Jantung aku rasa macam nak tercabut pun ada. Aku memandang kearah kananku dengan wajah yang tidak puas hati. Darwish hanya menjongketkan bahu sambil mulutnya menjuih kearah hadapan. Oh, rupa-rupanya kita sudah sampai dihadapan sekolah kembar. Si kembar bersalaman dengan Darwish dan menghadiahkan satu ciuman dipipi Darwish. Mereka turut bersalaman denganku. Kami memerhatikan mereka turun dari kereta dan Darwish sempat memesan kepada mereka agar belajar betul-betul. Aku hanya tersenyum. Mereka berlari anak memasuki ke dalam kawasan sekolah. 

            Suasana diantara aku dan Darwish tiba-tiba bertukar menjadi boring. Darwish hanya memandu kereta dengan kelajuan serdahana dan aku hanya memandang ke luar tanpa bersuara. Masalahnya aku tidak tahu nak memulakan bicara. Tiba-tiba telefon bimbit Darwish berdering dan minta diangkat. Darwish menjawab panggilan tersebut dan aku hanya memandang kearah luar tingkap melayani perasaan. Fikiranku melayang jauh pada orang yang aku rindui. Opah! Opah sihat? Apa yang opah buat sekarang ni ya..? opah tahu tak yang Elza rindu opah. 

            Fikiranku Cuma terkenangkan opah..rindu? ya sangat rindu. Namun ini kehendah opah. Kenapa aku harus terasa dengan opah? Padahal apalah sangat yang opah suruh..suruh kerja je pon. Agh! Apa aku dah buat ni! 

            Darwish memberhentikan keretanya apabila lampu trafik bertukar warna merah. Kemudian dia menggagau dalam dashboard di hadapanku. Aku hanya melihat gelagatnya dengan hairan. Apa sahajalah yang dicarinya. Kemuadian Darwish menarik keluar sebuah dairi dan membelek sebentar. Apabila lampu trafik bertukar warna hijau. Dengan selamba dia membaling dairi tu di atas pehaku. Aku memandangnya dengan hairan. 

            “Syarikat Gemilang baru sahaja call. We’ve got the project!” wajah Darwish begitu teruja sekali. Bibirnya tidak lepas dari tersenyum-senyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. Alahai...comel la pulak! “So..your job start now!” demi mendengar kata-kata Darwish itu aku tersentap. EHHH??



         
               Dia mengalih pandangannya pada jam tangan dan mengalih pandangan apa aku sambil tersenyum girang. “And it start...NOW!”
           


No comments:

Post a Comment