Saturday, 11 August 2012

Elza Raisya- Begone!

B
angun pagi adalah perkara yang aku rasakan teramat sangatlah aku tidak suka! Kerana! Kerana...Kerana!! Aku nak kadhor balik tidur aku yang tertunggak semasa menghadapi final exam. Boleh katakan aku Cuma tidur 1 jam 30 minit 1 hari. Yang itu kira bertuahlah dapat tidur. Kalau hari yang tidak membenarkan tubuh ini baring atas katil? Memang hampir merenglah aku masa itu. Namun sekarang aku free! Yahoo!
            “Elza! Hei budak bertuah. Matahari dah tegak atas kepala kamu tu kamu masih tak sedar ke? Sudah-sudahlah tidur. Malulah opah tengok anak dara macam kamu ni. Opah dulu tak adalah malas macam kamu. Suduh-subuh lagi opah dah bangun bekerja tau. Ni kamu...membuta lagi. Semalam buat apa? Onlinelah tu...”

            Ambik kau! Peluru berpandu opah. Kan  dah kena tu. Tulah nak sangat kadhar balik tidur konon. Hello dah hampir 2 minggu aku balik tapi macam tulah...malas sebenarnya! Dengan malasnya aku mengesot turun daripada katil. Tapak kaki masih lagi sakit sebab terpijak paku 2 hari yang lalu. Opah ada suruh aku ke klinik untuk membuat rawatan kaki namun aku fikir juga. Nanti mahal nak bayar kos ubat kalau aku pergi saja dah melayang RM50 yang boleh makan untuk seminggu.
            Jadi aku buat tidak endah sahaja luka pada kaki aku ni. Aku mengambil tuala yang tergantung pada pintu almari dan menuju ke bilik mandi. Yakni yang berada di luar rumah.

            “Elza! Ooo..Elza!”

            Aku memdengar seseorang memanggil ku dari luar. Macam kenal saja empunya suara itu.

            “Sekejap! Nak mandi dulu!” Aku melaung dari luar.

            Selesai mandi aku terus menuju ke bilik. Aku mengenakan sepasang baju kurung cotton putih berbunga halus warna merah jambu. Rambut pula aku Cuma mengenakan skaf pink. Sudah lama skaf ini berjasa padaku. Mak Milah sudah tunggu di luar bersama opah. Mereka kelihatan rancak berbual. Tiara (anak bongsu Mak Milah) turut ada bersama. Dengan gopoh aku turun tangga.

            “Amboi si dara ni...baru mandi?” Mak Milah menabur sindiran pada aku. Amboi Mak Milah ni. Relex ar. Aku hanya tersengeh. Kami semua berjalan kaki menuju ke rumah Tun Rashdan. Anak perempuannya yang sama umur dengan Tiara bakal mengikat hubungan pertunangan dengan seorang jejaka pilihan keluarga. Dalam kampung ini keluarga Tun Rashdanlah yang paling kaya. Opah cakap keluarga dialah yang telah tanggung segala perbelanjaan aku semasa aku belajar dahulu. Namun aku tidak berkesempatan untuk berterima kasih padanya Kerana sudah 5 tahun aku tidak pulang ke kampung sebab masalah kewangan.

            “Kak Elza tahu tak tunang Emilia tu pun belajar kat luar Negara. Kalau tak silap Tia lahkan Emilia cakap kat University of Harvard. Wah, jealous sangat Tia kawan Tia yang sorang tu dapat tunang macam tu. Tapi tak hairanlah sangatkan dengan status family dia tu tak mustahil...”

            “Hei Tia ni...nak tunang jugak ke? Cakaplah dengan mak...Mak Milah...!!” upp..Tiara menutup mulutku dengan spontan..haha..tahu takut. Mak Milah berpaling ke arah kami. Aku dan Tiara Cuma tersengeh macam kambing..hahaha.

            Humm..bila difikirkan balik hebat jugak anak Tun Rashdan ni ya. Dapat tunang yang berpelajaran macam itu. Setahu aku ramai juga perempuan kat kampung ini yang kahwin pada usia yang sangat muda. Aku terfikir. Adakah aku akan jadi seperti itu andai kalau aku tidak mendapat tawaran sambung belajar? Ahh..Kenangan lalu menjengah minda. Aku memandang lenggok badan Mak Milah dari belakang. Rasa kesian pula pada wanita itu. 6 tahun yang lalu agak kecoh jugalah keadaan Mak Milah dan sekeluarga. Semuanya sebab aku. Aku pernah dituduh perempuan bodoh oleh Mak Milah. Dan perkataan “BODOH” juga adalah perkataan yang sangat sensitif buatku.


            18 Mac – 6 tahun yang lalu..


            “Elza kau memang tak guna! Penghancur keluarga orang! Kau sama saja dengan mak kau! Perempuan BODOH!”

            Jeritan Mak Milah mengegarkan rumah usangnya. Aku terkedu dan takut. Sungguh aku sangat takut. Mata Mak Milah menyingga. Aku memandang Omar Zuhari dia hanya diam. Namun aku dapat lihat dari matanya dia sangat takut dan rasa sangat bersalah. ‘Omar..bertahanlah. Demi cinta kita..’ aku berkata dalam hati. Aku juga berharap agar dia dapat dengar apa yang aku harap dia akan dengar iaitu kata hatiku.
            Sayang aku pada dirinya sudah menjadi gunung. Terlalu tinggi dan agung. Setelah tamat SPM Omar Zuhari dengan cerianya bertemu denganku dibawah pokok buah berangan berdekatan dengan sawah padi. Disitulah tempat kami berbincang menganai masa depan kerja, tunang, kahwin, anak, dan mati.

            “Mak...Omar nak kahwin dengan...”

            PANG!
            Jantung ku bagaikan berhenti seketika. Semua ahli keluarga terpampan. Omar bagaikan patung yang hanya melihat kaku dan tidak mampu berbuat apa. Darah mengalir di bibirku. Dan waktu itu juga opah dan Tiara datang. Mereka termegah-megah dihadapan pintu. Air mataku mengalir perlahan-lahan. Opah datang memelukku. Hangat pelukannya. Aku dapat mendengar degupan jantung opah yang laju.

            “Sudah-sudah lah..mereka budak-budak lagi. Kita bincanglah elok-elok tak mahulah kita bergaduh sebab benda macam ni.”

            “Kak Zah! Nak bincang pasal apa lagi? Mereka ni memang patut diajar. Terutamanya budak ni hah!” Kepala aku pula yang dijadikan bahan untuk Mak Milah tunjal dengan jarinya. Air mata ni macam tak menjadi kesan langsung pada pandangan Mak Milah. Omar Zuhari tidak berkata apa-apa, dia hanya menundukkan kepalanya dari tadi. Say something Omar! Protect me like you have promise!

            “Hey! Apa ni Milah...janganlah ditunjal kepala budak ni. Masalah ni bukan Elza seorang kalau bukan ada orang yang ajak dia bertindak macam inikan? Omar...cakap pada opah apa yang kamu berdua fikirkan semasa mengambil tindakan seperti ini?”

            Omar Zuhari  tetap juga membisu. Dia hanya menundukkan kepalanya. Perasaanku bagai dicucuk pedang. Sakitnya hati ini. Sampai hati Omar Zuhari!

            “Kami saling mencintai! Kami nak kahwin dan ada hubungan yang sah disisi islam...kami tak mahu melakukan dosa!” Aku bersuara setelah lama berdiam. Sakit hati ini melihat Omar Zuhari seperti member i reaksi yang terkejut. Aku tahu dia takut, namun mana perginya keberaniannnya sebelum ini? Dulu bukan main dia meyakinkan aku betapa dia akan berdepan dengan keluarganya terutamanya Mak Milah.

            Setelah mendengar kata-kataku Mak Milah bagai dirasuk hantu dia mengamuk dan mengambil pasu bunga yang terletak berhampiran dengannya lalu melempar ke arahku tetapi tersasar dan terkena dinding rumah itu. Mata yang penuh kebencian itu memandang aku dengan perasaan berkongkol marah!

            “Kepala otak kau betina! Mana kau belajar ayat-ayat yang tak masuk akal ni? Cinta? Cinta?? Cinta apa cinta ni? Kau jangan nak buat lawak!”

            “Elza..cakap kat opah..jujur Elza...Elza dah pernah...”

            Aku menutup mulut opah. Aku tahu apa yang ingin disoalnya. Aku menggeleng laju. Kenapa opah ni? Opah tak percayakan aku? Sampai hati..

            “Elza masih ingat Tuhan opah! Elza tidak akan pernah buat perkara terkutuk itu!”

            Opah melepaskan keluhan. Dia mendakap aku. Aku memandang Omar Zuhari..ya aku dah faham sekarang. Aku dah Nampak! Kau memang tak berguna Omar! Kau mainkan aku! Aku tak akan pernah maafkan kau! Aku bangun! Dengan seluruh kekuatan aku kumpul aku berdoa kepada yang Maha Esa kuatkan semangatku!

            “Omar Zuhari! Sekarang aku sudah Nampak dan faham...terima kasih untuk segalanya. Aku hargai setiap pertolongan kau. Baru aku faham, kau sebenarnya langsung tidak mencintai aku, saya memohon maaf Mak Milah. Kedatangan saya ke sini adalah satu kesilapan yang terbesar pernah saya lakukan. Saya terlalu melihat pada masa hadapan yang saya sendiri impikan iaitu untuk hidup berumah tangga bersama Omar. Tetapi melihat Omar yang langsung tidak pernah mencuba untuk lindungi saya, baru saya rasa adakah saya dipermainkan? Namun, saya tahu derhaka melawan cakap ibu yang telah melahirkan kita. Saya terlalu cintakan Omar dan saya juga tidak mahu Omar derhaka pada Mak Milah. Omar..terima kasih kerana telah banyak membantu aku terutamanya dalam pelajaran.. Kita Berjaya tempuhi SPM bersama namun aku rasakan untuk hidup bersama adalah mustahil...dan yang paling penting kita masih muda. Saya minta diri dulu Mak Milah..”

            Aku terus saja berlalu dengan linangan air mata. Impianku hancur berkecai. Aku sangat mencintai Omar Zuhari. Namun melihat dirinya yang tidak pernah mencuba untuk melindungi aku membuatkan aku marah! Dia juga yang beria-ia mengajak aku kerumahnya untuk bercakap dengan ibunya. Namun dia tidak pernah bagi tahu pada aku bahawa Mak Milah tidak pernah sukakan aku. Sampai hati!

            Sejak dari pada itu aku selalu mengelak daripada bertemu dengannya. Aku pulangkan semua hadiah yang pernah dia bagi padaku. Aku tidak mahu menyimpan kenangan yang pernah aku cipta bersamanya dahulu. Namun makin lama aku mengelak makin itu juga dia mendekati aku. Sehinggalah sampai saat keputusan SPM keluar. Aku Berjaya memperolehi 11 A+ dan dia hanya mendapat 3 A-...jarak yang sangat berbeza, padahal kami selalu belajar bersama. Omar rasa tertipu dengan keputusan peperiksaanku lalu dia mengeluarkan kata-kata kesat padaku...
            “Perempuan tak guna..”
           

            LAMUNANKU terhenti disitu saat kaki aku sudah berada di hadapan rumah Tun Rashdan. Suasana dirumah itu sangat meriah walaupun ianya hanya majlis pertunangan. Aku dan Tiara bersalaman dengan isteri Tun Rashdan, Engku Wahidah. Aku mengucapkan terima kasih padanya kerana telah menampung berbelanjaan aku sewaktu aku belajar dahulu tetapi reaksinya kelihatan seperti tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu. Humm..mungkin Tun Rashda tidak memberitahu pada wanita itu..tetapi buat apa pula dia sembunyikan perkara ini dari pengetahuan isterinya walhal isterinya ini kelihatan baik sahaja. Wanita itu sangat bergaya, berbaju kurung Pahang bersama rantai tongkol yang bergantungan dilehernya serta gelang yang hampir ke pangkal lengan namun dia sangat baik dan ramah.

 Dia menjemput kami untuk berjumpa bersama Emilia lagipula Engku Wahidah sudah kenal dengan Tiara kerana kerap kali juga Tiara bertandang ke rumah ini untuk belajar bersama Emilia. Waktu itu Emilia baru sahaja siap didandan. Wah...cantik sangat! Aku membiarkan mereka Tiara berbual dengan sahabatnya dan aku turun dari rumah untuk mencari kelibat opah dan Mak Milah. Aku meninjau-ninjau di bawah khemah makan untuk perempuan namun tak Nampak pula.

Aku meninjau juga dalam dapur tidak juga kelihatan kelibatnya. Aku hampir sahaja berputus asa tetapi ternampak pula opah bersama seorang wanita yang sebaya dengannya. Mereka kelihatan rancak berbuaal. Ah..nak mahulah ganggu. Aku terdengar seseorang memanggil aku, apabila aku pandang kelihatan Tiara melambai-lambai dari tingkap atas rumah. Ceria saja wajahnya..humm..naik semula.

            Apabila aku masuk kedalam bilik Emilia aaku tersenyum melihat Emilia yang tersenyum memandangku. Aku menemani Tiara dan Emilia berbual. Tertanya-tanya juga aku. Emilia ni tak ada kawan lain keselain Tiara? Tidak Nampak pun kelibat diorang? hum..diam sajalah.

            Setengah jam berlalu...pihak lelaki pun sampai. Emilia kelihatan pucat walaupun wajahnya ditutupi make up yang tebal. Setelah upacara berlangsung. Aku mendengar upacara balas membalas pantun. Masing-masing tidak mahu kalah dengan membalas oantun. Semangat berkobar-kobar. Akhirnya Tun Rashdan mengalah setelah dicuit oleh isterinya. Nasib baik! Kalau tidak tak bertunanglah Emilia.  

            Aku berada di bahagian belakang. Aku meninggalkan majlis setelah bakal mertua Emilia menyarungkan cincin pada jari manisnya. Aku menyelinap keluar daripada pintu belakang. Aku terpandang opah dan seorang lelaki berdiri pada kereta yang macam aku kenal. Tetapi dimana ya? Opah kelihatan rancak berbual. Amboi opah..jumpa boyfriend Nampak. Aku ke sana untuk mengejukkan opah...Aku menyelinap dah menyorok dibelakang kereta.Hehe...jagalah..

            “Opah nak Darwish bawa Elza pergi dari kampung ini...”

            APA?! Jantungku bagai terhenti...apa maksud opah?!
                
                                          
                                    Apa maksud opah??


No comments:

Post a Comment