G
|
oyang
kaki sambil makan ais krim atas gerai rumah opah dengan diri yang
ditiup bayu. Humm..nyamannya! Opah sedang sapu sampah di belakang rumah.
Aku pula baru sahaja selesai kemas atas rumah dan juga sapu sampah
dibahagian hadapan rumah. Aku ada menghulurkan bantuan pada opah tetapi
nampaknya dia nak lakukan sendiri. Aku Cuma melayan perasaan bersahaja
sambil menikmati juadah ais krim ni.
Cuma
beberapa saat aku nak terlelap tiba-tiba ada sebuah kereta Honda Accord
terdampar dihadapan rumah opah. Amboi orang ni. Agak-agaklah nak
berhenti mengejut sekali pun. Boleh gugur jantung aku. Aku cuba
memerhatikan siapakan gerangan makhluk yang baru keluar dari kereta itu.
Alamak! Aku kenallah makhluk tu. Dia menuju ke arah aku.
“Assalamualaikum...Opah ada di rumah tak?” Darwish bertanya!
Aku agak terkejutlah memandang keadaannya yang sangat kemas dan segak
itu. Petang-petang macam ni pakai baju macam tu mesti baru balik kerja
ni. Fulamak! Handsome la pulak. Boleh jatuh hati aku. Sudahlah wajahya
ala-ala mat korea gitu. Hum...agaknya dia ni keturunan cina kut. Matanya
agak sepetlah namun mempunyai lesung pipit yang tidak berapa dalam pun
tetapi kalau bercakap boleh la Nampak sikit-sikit lesung pipit tu. rambut pula tersisir rapi macam nerd pulak..hahaha
“Hello! Anybody home?” Darwish melambai tangannya pada wajah ku. Adeh!
berlari lintang pukang lamunanku. “Opah ada kat belakang tu. Apahal cari
opah?”ujar ku setelah melapaskan keluhan. Dia memandang jam seketika
kemudian itu dia ke belakang rumah seperti yang aku katakan. Tapi agak
biadaplahkan tidak menjawab persoalan ku. Ahh! Pedulikan. Sambung
menikmati ais krim aku yang enak ini. Yumm!
Setelah aku selesai menikmati ais kream aku ini. Aku menuju ke belakang
rumah. Pada masa itu aku ternampak opah dan Darwish sedang
membincangkan sesuatu. Nampak macam serius. Opah berkata sesuatu namun
tidak dapat aku dengar memandangkan jarak aku dan mereka agak jauh dan
mereka bercakap bagaikan berbisik. Aku ingin mendengar perbualan itu
dengan lebih jelas ,namun... Alamak! Silap langkah la pulak. Aku
terpijak paku mana tak meraungnya aku. Dan kerana raungan aku juga
perbualan mereka terhenti.
Opah dengan segera datang pada aku. Air mata mula meleleh sebab
sakitnya pijak paku karat ni! Aduhh!! “Opah! sakit..huaa...hua..”aku
mengaduh kesakitan. Aku boleh Nampak darah yang meleleh dari tapak kaki
aku. Mata aku yang kabur ini tidak bisa Nampak apa yang opah sedang
lakukan. Namun tapak kaki aku berasa sejuk secara tiba-tiba.
“Sudah-sudah la menangis Elza. Malu dek orang saja. Darwish! Tolong
pegang balutan ni sekejap opah nak naik atas ambil ubat.” Darwish dengan
lambat-lambat saja menuju ke arah aku. Dengan takut-takut dia menyentuh
kaki aku yang berdarah ini. Hello man! Aku tahulah kaki aku ni kotor
berdarah busuk! Ahh!! sentuhla kaki aku ni elok-elok. Berdarah lagikan
baru tahu!
Matanya memandang aku! Tajam sekali. Apahal dengan mamat ni? Tak puas
hati apa lagi? Namun apabila aku melihat matanya aku rasa macam nak
tergelak pula. Bekas lebam dimatanya masih belum hilang walaupun sudah
hampir seminggu peristiwa itu berlalu. warna coklat dibawah matanya
masih lagi kelihatan. Tidak tahan aku melihatnya akhirnya tersembur jua
tawa yang aku tahan! khahaha! Apabila kaki aku tergerak sedikit rasa
sakitnya kaki datang menyerang!
“Adoi! Pegang la betul-betul kaki ni.” tersembur marah aku. Hah kau
tulah cari pasal sangat dengan aku. Kan dah kena. Dengan tiba-tiba
sahaja kaki aku rasa sakit pula. Apa lagi tidak menunggu masa meraunglah
aku! WAAAHHH!!
“Duduk diam-diam boleh tak? memang you jenis macam ni ke? Sudahlah
kasar , liar, biadap pulak tu. Memang perempuan yang baru balik dari
overseas macam ni ke? Sudah tiada sifat ketimuran itu. Not to mention
that you are also lazy! Sitting around and eating your ice-cream while
your granny was cleaning around the house. What kind of woman are you?”
WTFish?!
“Hei lelaki! Apa masalah kau huh? Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku?”
Nah
kau! Tersembur lagi marah aku. Nak lagi buatlah aku marah. Kau ingat
aku apa? Aku terdengar Darwish merengus. Aku tahu dia marah aku sebab
aku tertumbuk dia pada tempoh hari. Tapi nak buat macam manakan, aku
sudah minta maaf. So, just forgive and forget-lah.
“Ok,fine. Sorry aku tiba-tiba termarah kau. Aku bukan sengaja. Marah
aku dari office terbawa-bawa pada kau pula. Maaf...” Amboi, senangnya!
Aku hempok kepala kau kan baru tahu. Tapi aku tak buatlah. Pecah kepala
dia aku juga yang susah nanti. Aku hairan melihat perubahan pada
sikapnya. Macam perempuan pula mood boleh berubah-ubah.
“Humm...tak apalah. Memandangkan aku ni baik, aku maafkan kau.” Secalit
senyuman terlukis diwajahnya. Alahai...dalamlah pula dimple dia.
Comel...kyaa~ ~
“Ehem...anyway. Ada apa kau jumpa opah ni? korang ni macam rapat je.
Kau bakal jadi datuk aku ea?hahaha,” Bodoh! lawaklah aku ni. Haha! Wajah
Darwish jelas berubah serta merta.Dengan perasaan marah yang dipendam
Darwish menekan tapak kaki aku dengan lebih kuat.
AWWW!!
“Sakitlah! Apa ni. Agak-agaklah..”
"Kau tu! Agak-agaklah nak melawak pun..."
"Kau tu! Agak-agaklah nak melawak pun..."
“Apa yang kecoh-kecoh sangat ni? Ya Allah...sabar sajalah dengan kamu
berdua ni. Sudahlah tu. hum.. Darwish tolong opah papah minah ni kat
atas. Opah nak letak ubat ni.”
Bagaikan belatuk Darwish menurut kata-kata opah. Dia membantu opah
memapah aku masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Dan aku sengaja
menekan bahunya. hahaha..supaya lebih beratlah. Saja sekali sekala aku
kenakan dia. Haha...namun aku menerima counter attack tidak sampai
sesaat. Kaki aku yang terpijak paku dengan sendirinya tersepak tangga
kat dapur. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Aku menjeritlah, apa lagi.
Tapi tak adalah menjerit kuat sangat pun cukup sekadar rumah opah ini
bergeger sajalah. But fine! i deserve it! Allah nak balas. And then
Darwish start to laugh at me. But just a glance of smile. Opah pula
tergelak sambil menggelengkan kepala.
Opah arahkan Darwish untuk dudukkan aku atas katil usang dalam bilik
yang aku selalu beradu ini. Oh..malunya. First time aku bagi lelaki
masuk bilik aku. Opah bersihkan tapak kaki aku dengan air suam. Opah
basahkan tuala kecil dan lap pada permukaan kaki aku. Ohh!! Pedih siot!
Tahan-tahan. Sedang-sedang opah bersihkan tapak kaki aku Darwish
menerima satu panggilan. Haha! Apalah dia ni ringtone iPhone dia lagu
theme Angry Birds. Perh! Terbaik dari ladanglah Darwish! Dia tersenyum
kambing dan mengambil panggilan itu di luar bilik.
Tidak lama kemudian dia menjengulkan kepalanya dari luar. “Opah, saya
balik dululah ya, ada beberapa urusan yang saya nak selesaikan di
office.” opah senyum. “Bawak kereta baik-baik tau. Jangan ikutkan sangat
nafsu muda nak merempit dengan kereta tu.” Darwish bersalaman dengan
opah dan terus berlalu. Aku memandang opah dengan seribu satu makna.
“Kenapa Elza pandang opah macam tu?”
“Ehem, opah Elza nak Tanya ni. Kenapa opah baik sangat dengan Darwish?
Malah Mak Milah pun baik juga dengan dia. Siapa dia tu? Elza tak pernah
kenal pun...”
Opah letak ubat pada tapak kaki aku dan membalut kaki aku dengan kain
batik yang sudah luntur warnanya. “Dia tu cucu angkat opah. Opah yang
jaga dia sejak ibu bapanya meninggal. Waktu itu Elza baru 3 hari
berangkat ke Cambridge, opah dapati ibu dia, kawan baik bonda Elza
meninggal dunia. Jadi opah pun pergilah melawat.”
Opah merenung jauh sebelum menyambung cerita yang aku dapati menarik
itu. “Semasa opah pergi opah Nampak Darwish duduk dipenjuru dinding
sambil memeluk lututnya. Opah belas melihat keadaannya. Memang waktu itu
dia sudah besar namun kehilangan mummy dia adalah satu kehilangan yang
besar buatnya.” melopong aku! Apa ibunya sudah tiada? Habis tu apa pula
kena mengena dengan opah dalam situasi tersebut?
Broken heart Darwish semasa kematian orang tersayang..="(
Opah mengesat air mata yang mengalir dengan hujung lengan baju
kurungnya. Aku mengesot mendekati opah dah memeluk bahunya. “Paling opah
kesal adalah semasa daddy dia buat hal pada hari pengkebumian ibunya.
Bapanya bawa balik perempuan simpanannya waktu itu. Darwish hampir
bertikaman dengan daddynya namun opah dan keluarganya halang
perbuatannya itu. Opah kesiankan dia. Kemudiaan opah cakap pada dia.
Bersabarlah...tiba-tiba dia memandang opah dan katanya...tolong bantu
dia...opah pun bantu dia dengan bantuan Mak Milah.
Alhamdulillah...sekarang dia seorang muslim. Dan dia sangat taat pada
suruhan-Nya..”
Aku terpaku mendengar cerita opah. Mulut tak payah Tanya
berapa meter ternganga. Tidak sangka, lelaki yang wajah kacak dan wajah
bersih itu pernah mengharungi hidup yang perit. Darwish...kita mengalami
nasib yang hampir sama. Aku pula kehilangan ibu bapa kerana sikapku
yang tidak memahami. Dan sekarang aku membesar tanpa kasih sayang
daripada mereka. Tetapi aku bertuah kerana aku mempunyai opah yang
selalu berkorban untukku.
Aku memandang opah. 'Opah...thank you for always stay by my side and support me. I love you, opah. I'm so lucky and thankful to Allah for giving me such a wonderful and kind hearted grandma..'
Aku memandang opah. 'Opah...thank you for always stay by my side and support me. I love you, opah. I'm so lucky and thankful to Allah for giving me such a wonderful and kind hearted grandma..'
Elza turut bersimpati... =[
Opah menceritakan kisah Darwish pada Elza.. Emo la pulak opah ni.. =)



No comments:
Post a Comment