A
|
ku
tarik nafas dalam-dalam. Kali ini perkara semakin serius. Opah langsung tidak
kedengaran seperti sedang bergurau. Rasa nak menangis? Mestilah...aku rasa
macam nak meraung saja kat situ biar opah dengar...tapi aku pasti opah mesti
ada alasannya sendiri. Aku berlalu meninggalkan mereka dengan berhati-hati.
Tatkala aku sedang berjalan. Aku terlanggar bahu seseorang. Aku langsung tidak
berpaling mahupun memohon maaf. Bagi aku semua itu tiada gunanya lagi kerana aku
akan tinggalkan kampung ini tidak lama lagi.
“Excuse me miss...?” Seorang lelaki berdiri dibelakang
aku sambil menunjukan bahunya yang baru tak sampai 10 saat aku langgar tadi.
AHhh! yelah aku minta maaf lagi pun memang salah aku.
“My sincerely apologize...did you
hurt anywhere?” Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia terkejut. Dia seperti
mahu berkata sesuatu namun suaranya bagai terkunci. Huh...aku pun tak ada mood
nak berborak dengan siapa-siapa sekarang. Lebih baik aku blah..
“I’m sorry miss, can you speak
English?”
“Yes i do...can i help you?”
“Huh..i just thought that this
village is full of stupid people. But you girl, interesting..!” OMG!!
Angkuhnya? Siapa dia ni?Apa hak dia nak cakap macam tu pada penduduk kampung
kat sini? Tidak boleh jadi ni...baiklah pertahankan penduduk! Pertahankan
penduduk kampung!
“Thank you...but not every villagers
here are ‘stupid’ as you think.”
“Huh, yeah right! But that Tun Rashdan’s daughter is stupid although she is the riches girl in this village don’t you think, and...and the best part is she don’t know how to speak English! Stupid girl...” tersentak aku mendengar ungkapannya itu. Isk! Biadap gila la ‘mamat kononnya saya orang putih’ ni!
“Hey you mister! Shut up! Don’t get
cocky! Ooo..Kau ingat kau bagus sangatlah ya? Eh! Kalau bahasa melayu kau pun
tak lepas lagi kau jangan nak berlagaklah!” ‘Ehem’ seorang lelaki yang
melintasi kami berdehem. Ops..kuat sangat ke aku cakap? Beberapa orang dibawah
khemah turut memandang ke arah kami.
“Huh! Hey girl...you are the one who
suppose to shut your damn mouth! Shut it before anything bad happen. Huh! Budak
kampung!” Ya Allah! Sabar sajalah. Kurang ajar betul berlagak mengalahkan orang
putih. Padahal dia muka macam melayu tulin je. BUdak macam ni memang patut di
ajar!
“Encik Mael, Tun Rashdan jemput
encik ke dalam.” Seorang lelaki yang berumur dalam linkungan 40-an datang
menjemput lelaki angkuh ini yang di panggil Encik Mael. Mael? Mael?? Hahahaha!
Ooo..nama melayu rupanya ingatkan nama pun dia dah tukar nama orang seberang.
Haha! Hilarious..Aku tersenyum sinis ke arahnya.
“My name is Mike by the way..” Dia
menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Yes i know already Mael...by the
way i don’t shake hand with Typical Malay man who thinks he is Englishman..”
Nah ambil kau! Tulah sombong sangat. Dia merengus dan terus berlalu kearah Tun
Rashdan yang sedang berbual bersama beberapa orang lelaki. Dari jauh aku dapat
lihat dia bersalaman masih lagi dengan lagak angkuhnya dan dia bergambar bersama.
Hati aku terdetik seketika. Air liur yang aku telan tiba-tiba rasa kesat. OMG!
Adakah dia bakal menantu Tun Rashdan?
Ismael 'Mike' Ibrahim..Maaf kpd peminat Aril..pinjam dia sekejap ea.. 3:)
S
|
ebaik
sahaja pulang daripada rumah Tun Rashdan aku hanya mendiamkan diri. Aku
langsung tidak berbicara dengan opah. Sebenarnya banyak yang sedang aku
fikirkan sekarang ini. Aku fikirkan opah yang tiba-tiba mahu aku tinggalkan dia
dan juga Mael tadi yang merupakan bakal menantu Tun Rashdan. Aku takut kalau
dia memberitahu Tun Rashdan yang aku ini seorang yang biadap dan juga tidak
mengenang budi lagipula aku tidak berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih
padanya tadi aku Cuma sempat berbual dengan isterinya sahaja itu pun isterinya
seperti tidak tahu apa-apa.
Apa nak jadi dengan aku ni? I’m a
failure! Aku melepaskan keluhan yang berat. Aku memandang suasana rumah opah
dengan perasaan berbaur. Dinding yang berlubang berdekatan dengan almari TV,
dinding yang nipis yang dimakan anai-anai. Amatlah daif, tapi inilah rumah aku.
Aku membesar di sini setelah abah dan bonda meninggal dunia mereka hanya
meninggalkan opah dan rumah ini sahaja untuk aku berlindung. Aku bersyukur!
Opah mesti ada alasannya tersendiri kenapa dia mahu aku tinggalkan kampung ini
dan juga meninggalkan dirinya.
Sedang jauh aku termenung aku
terdengar bunyi kereta sedang masuk ke perkarangan rumah. Aku melihat di luar
melalui tingkap. Darwish sedang berdiri di sisi keretanya sambil menggaru
kepalanya yang tidak kelihatan seperti gatal. Aku tahu kenapa dia ke sini.
Opah muncul dari dapur. Wajahnya
tampak sangat sedih. Aku tahu dia lakukan semua ini kerana ada sesuatu yang berlaku.
Mungkin opah tidak mampu untuk menjaga aku lagi. Kerana kita miskin dan aku
juga masih lagi mengangur. Tapi opah sendiri yang cakap pada aku agar tidak
mencari kerja terlalu awal kerana aku baru pulang ke tanahair. Tapi kenapa? Why
opah wanted to send me away?
“Elza..tolong dengar apa yang opah
nak cakap.” aku memandang opah terus ke dalam matanya. I need an explanations.
“Opah mahu Elza pergi ke Kota besar untuk bekerja dengan Darwish. Bukan opah
menghalau Elza keluar dari rumah ini. Tapi ini untuk masa hadapan Elza. Kalau
Elza lama-lama di sini Elza mungkin akan bazirkan segala yang Elza belajar di
sana dahulu. Opah mahu jiwa Elza turut berkembang di sana, di KL.”
Opah berhenti berkata-kata dan dia
menundukkan wajahnya. Somehow I feel that Opah words are only words that wanted
to blind me from something. Opah tidak ikhlas dalam berkata-kata. Matanya juga
melilau apabila bercakap denganku. Opah , apa yang opah sembunyikan dari
Elza...
“Elza, opah sayangkan Elza. Opah
mahukan yang terbaik buat Elza. Opah..”
“Elza faham opah..opah tak perlu
terangkan pada Elza. Maafkan Elza andai kata Elza telah banyak menyusahkan
opah. Elza akan terima semua alasan opah...walaupun opah tidak jujur.” Aku
berhenti berbicara. Sebak memikirkan kenapa opah sanggup berpisah dengan aku.
Aku baru sahaja pulang. Rindu pada opah masih lagi menebal. Tapi ada betul juga
apa yang opah cakapkan itu. Tak kan aku nak bazilkan apa yang aku ada sekarang
ini kan? Menitis air mata opah...aku tahu kata-kataku agak kejam. Tapi hati ku
sakit.
“Opah rasa..dah tak ada apa-apa yang
kita nak bincangkan. Darwish sudah tunggu kat bawah. Pergilah bersiap.”
Opah tinggalkan aku termanggu-manggu
seorangan di ruang tamu yang sunyi ini. Suasana sunyi mencengkam ulu hati ku.
Kenangan sewaktu aku membesar di rumah ini bermain-main di kotak fikiranku sepeti
tanyangan filem. Nafas bagaikan terhenti seketika. Aku buntu. Aku menekan
dadaku yang sakit bagaikan di robek dari dalam. Air hangat mengalir dari mata
membasahi pipi ini. Aku mendengar esakanku sendiri...



No comments:
Post a Comment