Tuesday, 24 July 2012

Elza Raisya- Memories!


S
etelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Mak Milah. Alah lai pun aku bukan pergi nak berjumpa dengan Omar Zuhari. Cuma nak pergi baca Yasin dan sembahyang hajat untuk Tiara sahaja. Namun aku terfikir-fikir juga macam mana dengan reaksi aku setelah berjumpa dengan si dia. Aku nak lupakan dengan apa yang berlaku selama ini. Sudah lama aku lupakan jadi boleh tak aku tahan perasaan aku selepas ini? Aku tidak mahu kelihatan lemah dimatanya. Hello this is Elza Raisya! Elza tidak akan sesekali cepat tunduk pada kaum Adam. Yosh!!
            Selepas mandi dengan air dari perigi rumah opah sejuknya sampai ke tulang sumsum. Ya Allah! Sejuknya. Menggigil seluruh badan. Opah yang melihat Cuma tergelak kecil. Opah yang tua itu tidak adalah sampai menggigil macam aku ni. Nampak sangat aku ni seorang yang lemah. Adoi...kantoi lemah depan opah. Aku Cuma mengenakan sepasang baju kurung kain cotton berbunga violet halus. Bau baju ini penuh dengan nostalgia. Baju kurung bonda. Nampaknya opah tidak bagi orang baju ini. Baju kurung ini adalah baju kurung kegemaran bonda.
           
            “BONDA!!BONDA!! Cantiklah baju bonda ni. Elza sukalah bonda,” bonda memandang aku dengan pandangan kasih sayang. Kasih sayangnya pada aku tidak berbelah bahagi. Aku dapat merasakan kehangatan kasih sayangnya itu. Sungguh hangat sampai mampu mencairkan segunung ketulan ais di kutub utara.
            “Kalau Elza suka bonda boleh bagi pada Elza. Tapi baju ni besarlah sayang. Nanti Elza besar bonda bagi pada Elza ok?” Bahagianya aku setelah mendengar kata-kata bonda. Tidak lama kemudian kedengaran pintu ditolak dari luar. Hahaha...Abah!
            “Abah! Abah tidak boleh masuk bilik ini kalau perempuan tengah bergosip. We are having girls talk.” Abah tergelak besarsetelah mendengar kata-kata aku. Aku hanya memandang abah dengan pandangan pelik. Salah ke?
            “Amboi, princess abah ni. Pandai bergosip pula. Tidak baik tahu bergosip. Berdosa besar, nanti masuk neraka,” ujar abah sambil menciut hidung aku. Aww...sakit tahu. “Kenapa pula masuk neraka abah? Elza tak cakap pasal yang buruk-buruk. Elza cakap baju bonda cantik. Kalau macam tu masuk neraka juga ke?” Apala abah ni. Aku bukan cakap yang buruk-buruk. Abah salah faham betul la..huhuhu..
            “La...tadi Elza cakap Elza bergosip dengan bonda. Setahu abah, orang bergosip ni semua cakap yang buruk-buruk mana ada cakap yang baik-baik.” hahaha...abah dan bonda sama-sama ketawa. Aku rasa seperti dibuli. Huhuhu...nak merajuklah kalau macam ni.
            “Alah-alah, anak bonda merajuk pulak. Bonda ciumkan?” Alamak bonda nak cium? Tak naklah. Tak macho la.
            “Haa...abah pun nak ciumlah..mari sini, abah dengan bonda nak cium ni,” Oh tidak! Lari! hahaha..kami lari bersama-sama. Bonda dan abah mengejar aku dari belakang. Macamlah mereka semua tidak tahu aku memang tidak suka dicium macam tu. Lebih baik aku pecut dahulu sebelum mereka dapat tangkap aku. Namun tidak sempat aku nak memecut abah dah dapat tangkap aku.
            “Hahaha! Abah dah dapat tangkap Elza. Bonda cepatlah kita sama-sama cium Elza!”
            “TIDAK!”

                         imagine-lah family Elza macam ni.. hehe =P



                AKU terasa sentuhan hangat di bahuku. Opah! Matanya sayu memandang aku. Aku tahu opah turut sedih kalau mengenangkan masa lalu. Air mataku menitis dengan laju tiba-tiba. Setiap kali aku mengenangkan masa lalu hati aku menjadi sangat pilu. Pedih sangat! Semuanya salah aku. Bonda dengan abah pasti masih hidup kalau aku tidak berperangai macam budak-budak.
            “Sudahlah Elza, Allah lebih sayangkan mereka. Kalau Elza selalu macam ni mereka tidak akan tenang. Sudah-sudahlah bawa mengucap. Kalau Elza sayangkan mereka sedekahkanlah Al-Fatihah ke Yasin ke. Air mata tidak boleh bagi apa-apa pada mereka.” Opah mendakap aku. Air mata semakin lebat mencuuri pipiku. Walaupun insiden itu telah lama berlaku tetapi semua itu berasa masih segar diingatan.
            “Sudah-sudah la menangis. Tak cantiklah cucu opah ni. Senyumlah sikit,” kata-kata opah berbekas juga walau sedikit. Ada berbaur lucu pada kata-kata opah. Aku mengankat kepala. Opah tolong sapukan air mataku. halus saja tangan tua opah menyentuh pipiku. Sebuah ciuman opah hadiahkan di dahiku.
            “Jom kita pergi. Dah lambat ni.”

            Perjalanan ke rumah Omar Zuhari aku rasakan sangat singkat. Sumpah malas gila aku nak masuk rumah ini. Namun apabila mengenagkan niat aku yang sebenarnya aku gagahkan jua kaki yang degil ini. Dari jauh aku sudah Nampak kelibat Tiara bersama-sama kakak dan abangnya. Dia sungguh ceria malam ini. Opah pergi ke dapur meninggalkan aku terkial-kial seorang di khemah makanan ini. Aku ke dapur untuk mencari kelibat opah, namun opah pula Nampak excited dapat jumpa rakan-rakan suraunya. Aku naik ke atas rumah dengan ucapan Bismillah bersertakan Assalamualaikum. Nampaknya orang masih tidak ramai namun ahli keluarga ini pula berkumpul di atas rumah ini. Ya Allah janggalnya.
            Aku tetap juga masuk ke dalam rumah. Kak Ina mendekati aku dan memelukku secara tiba-tiba. “Elza!! Ya Allah rindunya akak pada kamu.” Kak Ina menarik tanganku dan bawa aku masuk ke dalam ruang keluarga. Subhanallah! Tepat lagi benar tekaan aku. DIA berada disitu. Pandangan matanya memandang tepat ke dalam mataku. Jantungku bagaikan mahu luruh. Ternyata aku masih belum bersedia menemui darinya. Omar Zuhari bangkit bari sofa dan menuju ke arah aku. Ya Tuhan! Kuatkanlah hatiku.
            “Hai Elza, lama tidak balik ke tanahair dah putih pula nampaknya.” Omar Zuhari memulakan bicara. Ucapannya penuh dengan sindiran. Aku tahu kau tidak suka pada aku, tapi janganlah obvious sangat.
            “Assalamualaikum...terima kasih atas pujian itu. Saya memang suka kalau ada orang cakap saya putih tapi bukan ke saya memang putih sejak dahulu lagi. Bukan nak memuji diri sendiri namun semua itu memang kenyataan.” Yes! Ambik kau. Nak lawan ya? Marilah. kau ingat aku akan tunduk pada kau. Wajah Omar Zuhari berubah serta merta. Hahaha..
            Kak Ina berasa kurang senang terus saja menyampuk. Takut juga majlis tidak jadi sebab aku bergaduh dengan Omar Zuhari dekat sini. “Hei, kamu berdua ni. Memang tidak boleh duduk dekat pasti ada saja yang nak digaduhkan. Yang kamu nak bertekak dengan Elza ni kenapa Omar? Bukan kamu ke yang nak sangat jumpa Elza sejak dia balik. Alih-alih gaduh pula.” Wajah Omar Zuhari berubah. Merah saja nampaknya. Hahaha...kantoi memang kau rindukan aku. Namun maaflah aku langsung tidak rindukan kau. Benci lagi adalah!
            Omar Zuhari terus berlalu. Wajahnya merah menyingga. Kak Ina hanya menggelengkan kepala. “Maafkan dia Elza. Dia memang macam tu bukan Elza tidak tahu. Perangai dia memang macam tu kalau nak bercakap baik dengan orang. Alih-alih orang pula yang menyampah dengan dia.”
            Ada benarnya juga kata Kak Ina buat apalah aku layan dia yang ‘sewel’ tu. Baik aku tolong orang dalam rumah ni kalau-kalau ada yang dapat aku tolong. Kak Ina dan aku berlalu ke dapur. Opah dan Mak Milah kelihatan sangat sibuk. Aku cuma menolong mak cik- mak cik dekat sini potong buah tembikai sahaja. Selebihnya kaum Adam yang tolong angkat barang-barang yang berat. Kelibat Omar Zuhari langsung tidak kelihatan nampak sangat budak malas.
            “Elza! Tolong mak cik ambilkan baldi dekat luar tu. Sebelum itu tuang dahulu air kotor itu.” laung Mak Milah dari atas rumah. Aku laksanakan kehendaknya. Apabila aku keluar baldi yang dikehendaki itu langsung tidak kelihatan. Nanar juga aku mencarinya. Akhirnya aku menjumpainya berhampiran dengan pokok pisang. Hiuh! Seram juga dekat situ. sudahlah gelap, jauh pula tu. Ahh! Apalah nak takut. Bukannya ada apa dekat situ. Dengan beraninya aku menuju ke arah pokok pisang itu.
            Huih! Bapaklah seram. Baru sahaja aku nak membongkok mengambil baldi itu, laju sahaja tangan yang ‘lagi satu’ itu menyentuh tangan aku. AAAAAAHHHH!!!! 


                                        haa..inilah Omar Zuhari (bayanganku..hehe) =3

No comments:

Post a Comment