Tuesday, 24 July 2012

Elza Raisya - I'm home!


                Sumpah kawasan kampung adalah tempat yang terbaik untuk menengkan fikiran. Ayam dan itik belakang rumah opah kerkokok dan juga menguek. Semuanya comel-comel. Anak ayam dan itik berebut-rebut makanan. Pohon-pohon bergoyang ditiup bayu. Sungai yang mengalir mengikut arus. Umm...nyamannya! Pokok rambutan yang lebat dengan buah menarik perhatianku. Sungguh mengiurkan. Suatu masa dahulu aku selalu panjat pokok rambutan itu. Abah dengan bonda Cuma menyaksikan gelagatku. Humm... Mengenangkan masa lalu Cuma membuatkan hati ini pilu. Sakit mengenangkannya.
            “ Elza!”
Suara nyaring itu menarik perhatianku. Namun tanpa memandang sekali pun aku dah tahu empunya suara itu. Derap tapaknya kedengaran semakin mendekat. Namun aku hanya membatu.
            “ Elza! Isk budak bertuah ni. Kenapalah tak datang rumah Mak Milah? Lama Mak Milah tunggu Elza datang tau. Tu ha... Omar selalu bertanyakan Elza bila Elza nak datang rumah,” Isk Mak Milah ni. Datang-datang je terus bercakap pasal anak kebanggaannya itu. Omar Zuhari sebaris nama yang tidak mungkin akan aku lupakan. Tidak sesekali! Namun disebabkan beberapa isu suatu masa dahulu membuatkan aku tawar hati dengannya.
            “ Alah Mak Milah ni. Elza baru saja balik. Nak rehat-rehat dulu kat rumah opah ni. Opah pun ada juga suruh jalan-jalan dekat kawasan kampung ni. Tapi macam tulah. Bak kata orang baru mendarat ni  kena ‘jet leg’ jadi Mak Milah lain kalilah saya pergi menjenguk rumah Mak Milah ya?” Mulut Mak Milah memuncung. Aduhai panjangnya muncung wanita comel ni. Haha... Ya Allah! sayang sungguh aku dengan wanita ini. Lindungilah dia dari sebarang musibah.
            “ Elza ni banyak saja alasan. Hum... Mak Milah tidak kira. Malam ni Elza kena juga datang. Malam ni Mak Milah buat baca Yasin dengan sembahyang hajat di rumah. Si Tiara tu nak STPM tidak lama lagi. Jadi nak buat la juga untuk dia. Semua Abang-abang dan kakak-kakak dia Mak Milah buat takkanlah dia sorang Mak Milah tak buat.”
            “Oh, kalau macam tu boleh juga. Dah lama tidak pergi majlis macam tu.”
            “Haa...Bagus sangatlah kalau macam tu. Malam ni selepas maghrib tau. Bagi tahu opah sekali. Mak Malih pergi dululah ye. Dah lambat ni...Assalamualaikum,” setelah aku mengucup tangannya wanita genit itu berlalu dengan lajunya. Bak lipas kudung pula. Hahaha...Mak Milah sangat baik orangnya.
            Mengenangkan anaknya itu, Omar Zuhari Ya Allah...Sakitnya hati ni. Nak bagi tahu sebabnya pun tiada gunanya lagi. Buat apalah kita bercakap buruk tentang orang itu. Tambah dosa adalah. Humm...tengah hari lagi ni. Nak buat apa ya? Lebih baik aku pusing-pusing rumah opah ni. Manalah tahu terjumpa harta karun ke apa. Haha..
            Wah! Ada ulam rajalah kat belakangrumah opah. Oh My God! I have to take these. Tengah-tengah bukan main syok la aku petik ulam raja ni.
            “HEH!”
            Satu sergahan yang powerlah opah bagi. Nak tercabut jantung aku ni. Opah cuma tersengih saja melihat aku. Aku menunjukkan ulam yang aku petik pada opah. Wajah opah segera berubah. Sekali lagi tindakan yang tidak aku jangka dan sekalilah singgah kat kepala aku.
            POW!!
            “ Elza apalah yang kau buat ni! Kenapa ambil banyak sangat? Siapa nak makan ni? Kau tahu tak perbuatan kau ni telah menyebabkan kekurangan oksigen dalam dunia ni? MasyaAllah budak ni...belajar tinggi-tinggi otak tak mahu guna.” Opah membebel tanpa sempat aku menyelah. Siot! garang gila opah sekarang. Haha...aku melihat pula sayur yang dipegang opah. Opah baru balik dari pasar nampaknya. Haa...nilah peluang aku untuk kenakan opah balik.
            “Alah opah ni, Elza petik Elza lah yang makan. Haa...yang opah tu beli sayur sawi banyak-banyak tu buat apa? Siapa nak makan? Kan opah dah kurangkan oksigen ni. Isk..opah..opah..” Nah! Kenakan opah adalah perkara yang terbaik pernah aku lakukan. Hahaha...
            “Sekurang-kurangnya opah makan habis. Yang Elza petik tu sampai gondol pokoknya buat apa. Hum...nasiblah kamu pokok kena petik dengan orang macam ni. Sudah-sudahlah. Mari masuk dalam. Tolong opah masak.”
            “Eh, opah! Lupa pula Elza nak bagi tahu. Tadi Mak Milah datang. Katanya malam ni ada baca Yasin dengan sembahyang hajat di rumahnya,”
            Opah termenung seketika. “Hah! Boleh juga...” Opah terus berlalu masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Aku sebenarnya masih lagi ragu-ragu. Betul ke tindakan aku untuk pergi ke rumah Mak Milah a.k.a rumah Omar Zuhari? Hum...dengan izin Allah mungkin aku pergi...


                      
                                                            ELZA RAISYA =)


No comments:

Post a Comment